Julia Perez Pernah Terfikir Kahwin Lari

Posted by TUPAI


Aktres dan penyanyi jelita, Yuli Rachmawati atau lebih dikenali sebagai Julia Perez pernah terfikir untuk kahwin lari selepas hubungannya dengan kekasihnya Gaston Castano tidak direstui oleh ibunya.

Dipetik dari Harian Metro, Julia yang ditemui ketika berada di studio dahSyat di RCTI, Kebon Jerok Jakarta Barat mengaku dia pernah terfikir untuk kahwin lari dengan  pemain bola sepak berasal dari Argentina, Gaston. Tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

“Saya pernah terfikir untuk kahwin lari tapi saya tidak mahu lakukan kerana saya lihat sekarang ini pasangan yang kahwin lari mesti akan bercerai kelak.”katanya
Julia Perez &Gaston
Aktres berusia 31 tahun ini masih berharap ibunya akan merestui niatnya untuk berkahwin dengan Gaston.

“Saya akan terus berusaha untuk mendapat restu ibu. Jika tidak, saya tidak mahu berkahwin,”kata bintang filem 'Beranak Dalam Kubur'.

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook