Filem Perayaan Hari Natal Paling Mengujakan

Posted by TUPAI

Hari Natal mungkin baru sahaja berlalu. Namun pastinya ramai lagi yang masih dalam mood meraikannya. Ambil masa berehat seketika dan meluangkannya bersama keluarga dan orang tersayang untuk menonton antara filem-filem Krismas terbaik sepanjang masa.

 Polar Express (2004)
Berdasarkan kisah klasik kanak-kanak tulisan Chris Van Allsburg, "Polar Express" diarahkan oleh Robert Zemeckis yang cukup terkenal dengan filem francais "Back To The Future" mengisahkan seorang budak lelaki bernama Billy (Hayden McFarland" yang mempercayai kewujudan Santa Claus walaupun diberitahu sebaliknya. Kehidupannya berubah apabila dia mendapati dirinya menaiki tren magikal menuju ke Kutub Utara di bawah pengawasan seorang konduktor tren yang menggunakan suara aktor Hollywood Tom Hanks. Filem ini memperlihatkan kehebatan pengarah dalam menghasilkan filem menggunakan teknik digital. Menerusi sinematografi cantik dan mendengar dialog dalam filem ini pasti memberi inspirasi kepada orang dewasa dan kanak-kanak untuk mempercayai magis Krismas..

The Santa Clause (1994)
Filem bergenre drama fantasi arahan John Pasquin ini menyaksikan aktor "Home Improvement", Tim Allen memberi persembahan komedi klasik mengisahkan seorang lelaki duda, Scott Calvin yang secara tidak sengaja menyebabkan kematian Santa Claus dengan menjerit kepadanya ketika Santa berada di atas bumbung rumahnya. Selepas itu, Scott harus mengambil alih tugas Santa Claus dengan menghantar hadiah kepada kanak-kanak seluruh negara bersama anak lelakinya, Charlie. Filem ini menerapkan mesej supaya menghargai orang tersayang bukan tertumpu pada musim perayaan sahaja, sebaliknya setiap hari.

Home Alone (1990)
Siapa yang tidak tahu dengan filem francais "Home Alone" terutama sekali kanak-kanak pada tahun 1990-an? Tiada siapa yang ingin bersendirian tanpa ahli keluarga dan orang tersayang terutama sekali pada musim perayaan. Namun tidak kepada kanak-kanak berusia 8 tahun Kevin McCallister, watak yang membawa nama Macaulay Culkin ke puncak populariti ketika dia baru mencecah usia 10 tahun. "Home Alone" mengisahkan Kevin yang berhasrat agar keluarganya lesap tercapai apabila dia ditinggalkan keseorangan secara tidak sengaja untuk pergi bercuti. Ketika itu barulah Kevin menyedari betapa pentingnya mempunyai keluarga di sisi terutama sekali apabila dia terpaksa berhadapan dengan dua perompak bersendirian. 

The Muppet Christmas Carol (1992)
TMungkin anda baru sahaja menonton "The Muppets" yang ditayangkan di pawagam baru-baru ini. Namun pada tahun 1992, Walt Disney Pictures sudah menghasilkan "The Muppet Christmas Carol" yang berdasarkan kisah klasik karya Charles Dickens, "A Christmas Carol". Diarahkan oleh Brian Henson, filem ini telah berjaya merangkul dua anugerah Oscar. 

 Elf (2003)
Dibintangi oleh Will Ferrell, James Caan, Mary Steenburgen dan juga Zoey Deschanel, Dibintangi oleh Will Ferrell, James Caan, Mary Steenburgen dan juga Zoeey Deschanel, "Elf" mengisahkan Buddy yang menyedari bahawa dia bukanlah seorang elf sebenar walaupun dibesarkan sedemikian di Kutub Utara. Dia kembali ke tempat asalnya, kota New York untuk mencari keluarga sebenarnya. "Elf" telah diarahkan oleh Jon Favreau.

The Grinch (2000)
Selepas menonton filem "The Mask", penonton pasti tahu bakat aktor Jim Carrey yang mampu membuat pelbagai ekspresi muka berbeza walaupun tidak mengenakan sebarang alat solek. "The Grinch" yang diarahkan oleh Ron Howard telah diadaptasi daripada buku gambar kanak-kanak "How The Grinch Stole Christmas" tulisan Dr. Seuss. Pelbagai tambahan informasi tentang karakter dimasukkan bagi membawa filem ini ke layar perak. Selain Jim Carrey, "The Grinch" turut dilakonkan oleh bekas aktres drama bersiri "Gossip Girl", Taylor Momsen yang ketika itu berusia tujuh tahun dan memegang watak Cindy Lou Who. Kini Momsen adalah vokalis utama kumpulan rock The Pretty Reckless.

Jingle All The Way (1996)
Arnold Schwarzenegger lebih dikenali dengan filem aksi mencabar seperti "Terminator" dan "Total Recall". Filem "Jingle All The Way" merupakan satu-satunya filem Krismas yang pernah dijayakannya sepanjang karier lakonannya. Arnold memegang watak sebagai Howard Langston, seorang bapa yang berusaha memberikan hadiah Krismas iaitu Turbo Man kepada anaknya. Filem arahan Brian Levant ini telah berjaya mendapat kutipan US$183 juta (RM579 juta) seluruh dunia.

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook