Sudah sah menjadi pasangan suami isteri selama dua bulan, Onci, 29, dari kumpulan Ungu dan isteri, Endhita, 35, ternyata masih ada perasaan cemburu diantara satu sama lain.
Seperti yang dilaporkan di detikhot.com, Endhita menganggap cemburu itu sebagai tanda sayang dan cinta.
“Saya akui saya cemburu. Bagi saya cemburu itu namanya sayang dan tidak salah untuk cemburu,” ujar Endhita.
Selain itu, Endhita juga turut menceritakan pengalamannya setelah bergelar seorang isteri. Endhita mengaku tidak ada banyak perbezaan sebelum dan selepas berkahwin cuma ada satu perkara yang membuatkan isteri Onci ini berubah iaitu rajin belajar memasak untuk sang suami tercinta.
“Tidak ada perbezaan. Sama sahaja ketika sebelum kahwin. Alhamdulillah, saya masih bekerja seperti sebelumnya. Onci juga tidak pernah larang saya untuk bekerja malah dia banyak memberi sokongan pada saya”.
“Saya akui sekarang saya rajin untuk belajar memasak. Sebagai seorang isteri, saya cuba untuk memasak untuk suami saya. Saya akan mencari resepi masakan di dalam internet dan mencubanya,”jelasnya ringkas.
Endhita dan Onci telah bernikah pada bulan Oktober 2011.


