Selepas dua tahun menyepikan diri dari industri muzik tempatan, kini Juara Malaysian Idol musim ke-2 Daniel Lee kembali dengan album baru. Album yang diberi nama “Sincerely Yours Daniel” merupakan album ketiga baginya.
“Sincerely Yours Daniel” menonjolkan kekuatan dalaman vokal Daniel dan menceritakan tentang kehidupan peribadi beliau. Album yang mengandungi 10 buah lagu hasil ciptaan beliau dan dua buah lagu klasik Inggeris yang dinyanyikan semula oleh Daniel.
“Ada satu masa, saya pernah terfikir untuk berhenti menyanyi dan berputus asa. Saya pernah berbincang dengan salah seorang penerbit album, Abraham Tee tentang menjadi seorang artis. Dia banyak memberi nasihat dan meminta saya untuk mendengar suara hati saya sendiri,’ ujar Lee ketika ditemui pada majlis pelancaran albumnya di Fullhouse Sunway Pyramid.
Selain tentang kehidupan peribadinya, album ini juga turut memaparkan tema cinta. Lee yang malu untuk berbicara tentang cinta, menterjemakan dirinya adalah seorang yang pasif dalam perhubungan.
Lee yang masih solo dan memberitahu kali terakhir dirinya mempunyai kekasih ketika dia berusia 19 tahun. Walaubagaimanapun penyanyi yang berasal dari Penang ini mula mempercayai cinta sejati dan belajar tentang kehidupannya.

