Anang lamar teman wanita?

Posted by TUPAI

Komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Anang Hermansyah telah menghadiahkan cincin kepada teman wanitanya, Ashanty Siddik Hasnoputro ketika bercuti di Beijing, China bersama dua orang anak Anang hasil perkahwinannya dengan bekas isteri Krisdayanti, Aurel dan Azriel.

Dipetik daripada laporan Kompas, Ashanty terkejut dengan tindakan komposer berusia 42 tahun itu dan memberitahu ini adalah kali kedua Anang menyatakan keseriusannya terhadap hubungan mereka itu.

"Kelakuan Anang agak berbeza ketika berada di atas kapal persiaran. Ketika saya sedang berbual dengan Aurel, dia tiba-tiba datang dan memberi cincin. Saya terkejut dengan tindakannya," ujar Ashanty yang menganggap ia adalah lamaran tidak rasmi kerana Anang masih belum bertemu dengan ibu bapanya.

Penyanyi lagu "Kamu Ingin Dia" berusia 28 tahun ini turut memberitahu walaupun perbezaan umur mereka agak ketara tetapi ia telah membuatkan dirinya menjadi lebih matang.

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook