Hero wanita paling seksi

Posted by TUPAI


Sudah menjadi tradisi watak peneraju utama atau hero seringkali diberikan kepada lelaki. Kadangkala mereka dipakaikan pakaian seragam, diberikan senjata hebat dan berlawan dengan orang jahat. Namun kini wanita tidak ketinggalan diberi peluang sedemikian. Masih kekal tangkas dan mahir menentang musuh, mereka masih berjaya mengekalkan kecantikan dan keseksian mereka di layar perak.

Mari kita saksikan top lima hero wanita paling seksi dalam filem.

5. Alice
















Bukan "Alice In The Wonderland" yang kami maksudkan, tetapi Alice dalam filem francais "Resident Evil". Milla Jovovich yang memegang watak Alice berjaya menggambarkan wataknya itu sebagai seorang wanita baik, lemah lembut tetapi merbahaya dengan sempurna. Dia merupakan heroin yang mampu berlawan dan membunuh tetapi masih mengekalkan kecantikannya itu. Walaupun hilang ingatan, ia tidak melenyapkan skil membunuh zombie dalam "Resident Evil" ini.

4. Lara Croft

Satu watak fiksyen yang membuatkan penonton tidak kira lelaki atau wanita memandang tinggi. Aktres manakah yang lebih sesuai untuk memegang watak keras kepala, yakin dan tangkas selain daripada Angelina Jolie? Peranan ini dilihat direka untuk dirinya. Dengan pakaian yang cukup menarik minat mana-mana lelaki, pengembaraan Lara Croft yang merbahaya ini pasti membuatkan penonton melekat pada skrin.

3. Charlie's Angels
Bukan ada satu, tetapi tiga wanita cantik dan seksi yang mahir berlawan untuk menentang musuh. Pernah muncul dengan siri televisyen pada tahun 1976-1981, watak Natalie, Dylan dan Alex kembali pada tahun 2000 dengan dilakonkan oleh Cameron Diaz, Drew Barrymore dan juga Lucy Liu. Bijak, tangkas, cantik dan seksi adalah empat kualiti yang dibawa oleh ketiga-tiga watak itu bagi menumpaskan musuh mereka. Mereka mempunyai cara tersendiri ketika berlawan dan pada masa yang sama cuba melalui kehidupan normal.

2. Sarah Connor
Watak ini cukup dikenali dalam filem "Terminator" dilakonkan oleh Linda Hamilton yang dianggap sebagai wanita liar pada tahun 1980-an, tetapi gelaran tersebut diberikan dengan alasan yang betul. Cekap bermain dengan belantan dan pistol, wataknya seringkali disalah anggap sebagai watak jahat, sekaligus membuatkannya menjadi lebih menarik. Dia hampir tenggelam ketika memerangi robot-robot tetapi berjaya bangun semula.

1. Beatrix Kiddo/The Bride

Bukan semua wanita dalam senarai kami perlu berpakaian spandeks kulit atau pakaian ketat untuk menjadi seksi. Beatrix Kiddo daripada filem francais arahan Quentin Tarantino, "Kill Bill" telah dilakonkan oleh Uma Thurman. Turut dikenali sebagai "The Bride", dia dalam misi membunuh selepas koma selama empat tahun bagi membalas dendam terhadap kematian tunangnya. Dengan skil seni mempertahankan diri luar biasa, dia mampu melawan 50 orang dan apabila dia menggunakan teknik Five Point Palm Exploding Heart, tiada siapa dapat melarikan diri daripada ajal.

, , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook