Selebriti tempatan bintangi filem tamil

Posted by TUPAI

Selepas kejayaan filem "Ops Kossa Dappa" dan "Ops Kossa Dappa 2" mendapat sambutan menberangsangkan, pengarah filem K.Annan kini dalam perancangan menghasilkan filem terbaru daripada siri tersebut berjudul "4S Ops Kossa Dappa – The Final Dappa" yang akan turut dibintangi pelakon tempatan.

Beberapa pelakon seperti Afdlin Shauki, Fasha Sandha, Lakshmi Rai, Amber Chia dan Jasmine akan membuat penampilan khas di samping pelakon dari Singapura dan India.

Penggambaran filem ini dijadual bermula pada 28 Disember 2011 sementara barisan pelakon akan membuat penampilan khas di pelancaran filem yang dijangka diadakan pada bulan Februari 2012 di Chennai, India

Filem pertama, "Ops Kossa Dappa" hanya diedarkan melalui VCD sahaja. Namum untuk filem kedua, ia telah dilancarkan di Kuala Lumpur dan telah mencipta rekod dalam "Malaysia Book Of Records" kerana menampilkan 50 bintang dalam filem tersebut.

Diterbit dan diedarkan oleh SSK Resources Sdn Bhd, "4S Ops Kossa Dappa - The Final Dappa" akan ditayangkan di pawagam Malaysia, menjadikannya sebagai filem Tamil tempatan pertama ditayangkan dalam format 35mm.

, , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook