Penulis OMBAK RINDU kecewa!

Posted by TUPAI

"Sejujurnya saya tidak berpuas hati dengan hasil filem ini. Memang sukar untuk menilai dan membandingkannya dengan novel kerana apabila kita membaca, ia mengambil masa lima jam. Namun apabila ia diangkat ke layar perak, ia telah disingkatkan menjadi dua jam."

Itulah luahan hati penulis asal novel "Ombak Rindu", Fauziah Ashari yang tidak berpuas hati selepas menonton hasil karyanya di layar kerana perjalanan ceritanya terlalu singkat.

"Banyak yang perlu ditegur tetapi saya terima sajalah perkara tersebut memandangkan ia telah pun siap," ujarnya ketika di sidang media filem "Ombak Rindu" yang diadakan baru-baru ini.

Malah penulis ini turut menyampaikan rasa kecewanya apabila tidak dipanggil untuk turut serta sebagai penasihat atau penulis skrip bersama, sekaligus meminta pihak penerbit supaya meringankan mulut untuk mendapatkan kerjasama daripada penulis pada masa hadapan.

Fauziah Ashari (kanan) bersama penerbit Sharad Sharan ketika
sidang media "Ombak Rindu" baru-baru ini.


"Sekiranya selepas ini ada pihak produksi atau penerbit ingin mengadaptasi daripada novel kepada filem, saya berharap mereka mendapatkan kerjasama penulis," akhirnya.

"Ombak Rindu" yang diarahkan oleh Osman Ali ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae akan menemui penonton pada 1 Disember 2011.

, , , , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook