Mengalir air mata bila melihatkan kesengsaran dan kegembiran yang dipersembahkan dalam filem yang diadaptasi dari hasil nukilan asal Fauziah Ashari iaitu ‘|Ombak Rindu’ ke layar perak. Berpeluang bertemu bersama tiga orang pelakon utama iaitu Lisa Surihani, Aaron Aziz dan Maya Karin baru-baru ini menarik minat TUPAI untuk mengcungkil pengalaman dan cabaran yang diharungi mereka ketika proses menjayakan filem ini.
Jom ikuti temubual bersama mereka.
Maya: Saya memegang watak sebagai Izzah. Seorang gadis kampung yang terpaksa melalui liku-liku kehidupan yang belum tentu masa depannya. Kehidupannya sentiasa diselubungi dengan derita.
Aaron: Dalam ‘Ombak Rindu’ saya memegan watak sebagai Hariz. Seorang usahawan muda yang berjaya, anak kepada Datuk Sufiah dan tunang kepada pelakon popular Mila Emylia. Hariz yang diselubungi dengan perasaan ego lelakinya kadang-kadang membuatkan kita cair dengan sifat romantiknya.
Lisa: Saya memegang watak sebagai Mila Amylia. Dia seorang pelakon dan model terkenal. Pada luaran dia nampak sebagai watak yang antagonis tapi sebenarnya tidak. Dia adalah seorang wanita yang begitu mendambarkan cinta dari Hariz lakonan Aaron Aziz.
Adakah anda bertiga sudah menbaca novel ini dan bagaimana anda menghayati watak yang diberikan?
Maya: Saya baca novel ini dan saya amat menyukainya. Saya mengikuti latihan bersama Elly Suriati. Bagi mendapatkan mood gadis kampung, dia bagi saya mendengar lagu tradisional Terengganu.
Aaron: Saya tidak baca novel ini. Sebolehnya saya tidak akan dan tidak suka membaca novel yang diadaptasi supaya tidak terikut-ikut dan keliru dengan jalan cerita penulisnya. Saya lebih gemar membaca skrip dari novel. Untuk menghayati watak Hariz, tidak menjadi masalah pada saya kerana watak sebegitu saya sudah biasa bawa dalam drama-drama lakonan saya. Saya hanya mengikuti lataihan bersama Elly Suriati.
Lisa: Saya baca novel tersebut dan saya mendapatkan pandangan dari pengarah untuk menyerlahkan lagi lakonan saya. Saya kena faham siapa Mila sebenarnya. Dari situ baru saya boleh dapatkan feel dan menyerapkan watak tersebut dalam diri saya.
Apa yang saya lihat dalam filem ini Aaron nampaknya mudah untuk mengalirkan air mata. Apa yang menyebabkan ianya berlaku dan mengapa?Adakah Aaron seorang yang senang mengeluarkan air mata?
Apa yang saya lihat dalam filem ini Aaron nampaknya mudah untuk mengalirkan air mata. Apa yang menyebabkan ianya berlaku dan mengapa?Adakah Aaron seorang yang senang mengeluarkan air mata?
Aaron: Tidak. Sejujurnya ini merupakan filem pertama yang membuatkan saya menangis. Saya akui ia menyentuh hati saya sehinggakan buat saya menitiskan air mata. Bukan sekali tetapi beberapa kali saya menangis ketika menjayakan babak sedih. Mungkin saya terlalu taksub dengan watak ini menyebabkan saya senang untuk mengalirkan air mata.
Keintiman antara watak Izzah lakonan Maya Karin dan Hariz lakonan Aaron Aziz sangat ketara dan aksi ranjang yang dipertontonkan dalam filem ini nampaknya sangat realistic dan menjadi?Bagaimana anda berdua lakukan dan mendapatkan keserasian?
Maya: Seronok berlakon dengan Aaron. Dia profesional dan menghormati saya. Keserasian itu datang secara semula jadi. Sebelum mula penggambaran babak kemesraan dan adegan ranjang tu, memang saya gementar. Tapi saya inginkan babak atas katil itu, sebab saya belum pernah buat babak macam tu sebelum ini. Satu jam sebelum mula penggambaran saya dah rasa agak pelik. Tapi Allhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Aaron: Bagi saya adegan tersebut perlu dilakukan untuk memastikan jalan ceritanya tidak lari daripada novel sebenar. Kami semua profesional dan berjaya melakonkan babak itu tanpa ada masalah. Pengarah juga pandai memainkan teknik kamera sehingga menjadikannya nampak lebih realistik.
Apa reaksi isteri Aaron setelah melihat adegan kemesraan dan keintiman anda bersama Maya Karin?
Apa reaksi isteri Aaron setelah melihat adegan kemesraan dan keintiman anda bersama Maya Karin?
Aaron: Dia ok. Sebenarnya isteri saya terlebih dahulu sudah membaca skrip ini dan ketika sesi latihan dan babak keintiman antara saya dan Maya berlangsung, isteri saya turut berada di set penggambaraan.
Ini merupakan kali pertama Lisa memegang watak antagonis dan Lisa tidak takut penonton akan membenci diri anda setelah melihat lakonan dan watak Mila Emylia dalam ‘Ombak Rindu’?
Lisa: Ya, pertama kali. Tidak. Saya tidak takut. Sekiranya ada yang membinci itu bermakna saya berjaya menghidupkan watak tersebut. Saya mengakui pasti akan ada penonton yang membenci dengan watak Mila tetapi dalam waktu yang sama mereka akan merasa kasihan padanya.
Harapan anda bertiga untuk filem ‘Ombak Rindu’?
Maya: Saya berharap filem ini akan berjaya dan mendapat sambutan dari semua peminat novel ‘Ombak Rindu’.
Aaron: Sama juga seperti Maya, saya berharap filem ini akan berjaya dan berharap peminat akan menyukainya dan pergi menonton filem ini nanti pada 1 Disember 2011.
Lisa: ‘Ombak Rindu’ merupakan sebuah filem yang bagus dan saya berharap filem ini akan berjaya dan mendapat sambut dari penonton.

