Neelofa tidak mudah menangis

Posted by TUPAI

Namanya seringkali dikaitkan dengan kontroversi cinta dan telah dikenali ramai walaupun masih belum pernah muncul di layar perak. Namun ia sedikit pun tidak melemahkan semangat Noor Neelofa Mohd Noor untuk berjaya dalam bidang lakonan.

Bakal muncul dengan filem pertamanya, "Azura 2012" yang telah diolah semula oleh pengarah Aziz M. Osman daripada filem dengan judul yang sama pada tahun 1984, wanita berusia 22 tahun ini akan bergandingan dengan aktor Shah Jaszle sebagai peneraju utama.

"Watak Azura agak berbeza jika dibanding dengan yang dulu kerana jalan cerita yang diolah semula itu lebih meluas. Namun saya tetap menjadikan Azura dulu yang dilakonkan oleh Ogy Ahmad Daud sebagai rujukan utama bagi saya memahami watak itu dengan baik," kata Neelofa ketika ditemui di majlis pelancaran filem baru-baru ini.

Bercerita tentang cabaran sepanjang penggambaran filem ini, Neelofa memberitahu dia perlu menangis untuk satu babak dan ianya agak sukar buat dirinya kerana dirinya seorang yang tegas dan tidak mudah untuk menangis. Namun bernasib baik kerana diberi tunjuk ajar oleh Aziz dan juga Shah yang memegang watak sebagai Deddy M. Borhan.

"Alhamdulillah kerana mereka semua banyak membantu saya walaupun pada ketika itu baru sepuluh bulan saya berkecimpung dalam industri. Malah saya dan Shah mudah mencari keserasian kerana memang rapat sebagai teman," jelas Neelofa lagi.

"Azura 2012" yang diberi nafas baru ini akan membarisi pelakon seperti Afdlin Shauki, Afidah Es, Ninie Marleny dan juga Erma Fatima. Ia dijangka menemui peminat pada 2 Februari 2012.

, , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook