Nabila Huda lepas geram!

Posted by TUPAI

Ramai yang terkejut apabila anak kepada rocker terkenal Amy Search, Nabila Huda memfailkan perceraian daripada suaminya, Zaidi Zailani sekitar Ogos lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila pada 11 Mei 2010.
Tiada siapa mengetahui sebab sebenar mengapa tindakan itu diambil kerana tuan empunya badan tidak pernah berbicara tentang kehidupan peribadinya.

Namun baru-baru ini, aktres berusia 27 tahun telah dilihat meluahkan perasaan marahnya terhadap bekas suami yang didakwa berkata buruk tentang dirinya menerusi Twitter.

Dalam kenyataannya, Nabila mendakwa bahawa bekas suaminya itu mengutuk dirinya dan keluarga serta dialah yang menanggung segala-galanya ketika anak perempuannya itu dilahirkan.

Menurut laporan pelbagai laman web hiburan tempatan, Nabila mengakui dia terlalu tertekan dan terkilan dengan tindakan bekas suaminya yang itu yang turut mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Sebelum ini namanya menjadi bualan ramai apabila tersebarnya gambar yang didakwa kelihatan seperti Nabila bercium dengan seorang lelaki ketika bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini.



, , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook