Maya Karin Gementar Beraksi Ranjang

Posted by TUPAI

Keserasian dan kemesraan yang ditonjolkan begitu menyerlah sehingga sesiapa yang melihat pasti mencemburui kasih sayang antara mereka berdua. Begitulah hebatnya watak yang ditonjolkan oleh Maya Karin dan Aaron Aziz dalam filem "Ombak Rindu".

Mengulas mengenai gandingannya bersama aktor pujaan ramai itu, aktres "Pisau Cukur" itu memuji tahap profesionalisme yang ditonjolkan oleh Aaron. Tambahan pula terdapat beberapa babak ranjang dan adegan mesra yang perlu dilakukan walaupun dia mengakui gementar.

"Seronok berlakon dengan Aaron. Seperti peminat lain, dia juga merupakan hero kegemaran saya. Dia seorang yang profesional dan menghormati saya. Ketika di set penggambaran, dia tahu bila masa yang sesuai untuk bergurau dan juga bila saya perlu dapatkan mood," ujar aktres berusia 32 tahun ini ketika ditemui selepas majlis pra-tonton "Ombak Rindu" baru-baru ini.

"Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar," akhirinya.

Filem romantik arahan Osman Ali ini akan menemui penonton di pawagam pada 1 Disember akan datang.

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook