Empat ikon muzik rock bakal menggegarkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 25 Disember akan datang di Konsert Loudspeaker anjuran syarikat yang cukup sinonim dengan industri permotoran berkuasa tinggi, penerbitan dan pengurusan acara, Red Garage Group Sdn Bhd.
Diusahakan oleh Muhd Idi Iskandar Abu Zahar dan adiknya yang juga pengacara dan pelakon Dira Abu Zahar, Konsert Loudspeaker yang merupakan konsert sulung buat syarikat tersebut akan menampilkan kumpulan otai rock Wings, XPDC, Faizal Tahir serta Azlan & The Typewriter.
Menurut pelakon wanita berusia 27 tahun itu, konsert tersebut disifatkan sebagai batu loncatan buat Red Garage bagi mengukuhkan kredibilitinya dalam bidang pengurusan acara sekaligus menjadikan hiburan sebagai tarikan utama.
"Meletakkan empat figura terkenal ini boleh dianggap sebagai tarikan terbaik bagi menarik peminat masing-masing untuk datang menonton konsert ini," jelas Dira yang turut bertanggungjawab sebagai Pengarah Pengiklanan dan Promosi syarikat tersebut.Bersempena konsert tersebut, acara Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) 2011 akan diadakan pada 23 dan 24 Disember akan datang di The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur.
Peminat boleh mendapatkan tiket berharga RM77 atau RM222 bagi VVIP di laman web Ticket Hotline atau hubungi 03-77251177 atau layari www.facebook.com/redgaragemalaysia untuk maklumat lanjut.
Sebelum ini Red Garage pernah menjayakan kerjasama untuk konsert Double Trouble tahun lalu yang menyaksikan kolaborasi dua kumpulan rock negara, Wings dan Search dan juga konsert Wings Opera Hidup.
Azlan The Typewriter
,
Buletin
,
Dira Abu Zahar
,
Faizal Tahir
,
Konsert
,
Muzik
,
Tempatan
,
Wings
,
XPDC
|


