Hubungan Luna Maya-Ariel berakhir?

Posted by TUPAI

Pasangan selebriti Indonesia terkenal, Luna Maya dan Nazril Irham atau lebih dikenali sebagai Ariel daripada kumpulan Peterpan dikhabarkan sudah memutuskan hubungan mereka selepas hampir tiga tahun bersama sejak Disember 2008.

Dipetik daripada laporan KapanLagi.com, status hubungan mereka hangat diperkatakan selepas Luna tidak melawat kekasihnya itu selama dua bulan lebih yang sedang menjalani hukuman penjara di Kebon Waru Bandung atas kesalahan berkaitan pita seks mereka yang tersebar pada Jun 2010.

Tambahan pula pengacara rancangan televisyen muzik terbitan RCTI, "Dahsyat", Ola Syahputra dan Raffi Ahmad pula mengkhabarkan bahawa aktres berusia 28 tahun sudah pun mempunyai teman lelaki baru.

Walaubagaimanapun pengurus Peterpan, Budi Soeratman menegaskan dia tidak mengetahui status hubungan mereka kerana tidak mengambil tahu masalah peribadi dua selebriti ini.

Manakala pengurus Luna pula, Vitalia Ramona memberitahu kesibukan dengan penggambaran filem dan promosi jenama di Jakarta membuatkan Luna tidak berkesempatan bertemu Ariel, tetapi menegaskan bahawa ia bukanlah dua bulan seperti yang dilaporkan dan hubungan mereka tiada sebarang masalah.

, , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook