Faizal Tahir ambil risiko

Posted by TUPAI

Penyanyi rock terkenal, Faizal Tahir mengambil risiko dengan melakukan pembaharuan muzik untuk album terbarunya yang dijangka berada di pasaran sekitar bulan Februari 2012.

Dipetik daripada MStar, pembaharuan ini diambil bagi melangkah lebih maju dalam industri muzik tempatan dan ia merupakan usahanya dalam mencari kepuasan dalam menghasilka muzik berbeza daripada album-albumnya sebelum ini.

"Tiada lagi lagu seperti "Hanyut" atau "Karma" kerana muzik tersebut melambangkan kematangan saya dalam usia sebegini," ujarnya.

Walaupun teruja dengan perubahan tersebut, penyanyi berusia 33 tahun ini turut bimbang jika peminatnya tidak dapat menerima perubahan drastik yang dilakukan.

Faizal turut memberitahu dia mengambil masa lebih kurang enam bulan kerana menghabiskan masa di studio bagi menyiapkan album tersebut.

"Alhamdulillah sudah hampir siap dan InsyaAllah single terbaru saya ciptaan Audi Mok dan Omar K akan keluar pada bulan hadapan," tambah Faizal yang turut memberitahu sebanyak 16 buah lagu akan ditampilkan dalam album ketiganya ini.

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook