Dipetik daripada mStar, Faizal memberitahu sikap sedemikian akan membuat pelakon keletihan dan tidak mampu menjiwai watak yang dipegang, sekaligus ia memberi kesan kepada filem yang dilakonkannya itu. Malah aktor berusia 44 tahun ini turut menegaskan dia tidak akan menerima tawaran lakonan yang banyak pada satu masa.
"Saya tidak terlibat dengan banyak projek besar secara serentak sebaliknya mengatur masa dengan baik agar penggambaran dapat diselesaikan satu per satu.
"Saya akan memilih cerita yang menepati kriteria yang dikehendaki dan selebihnya akan ditolak," kata Faizal.
Tambahnya lagi, keberkesanan dalam menjiwai watak yang dilakokan adalah penting kerana ia memberi impak kepada penonton.
"Apabila saya diberi watak jahat, saya akan betul-betul menjadi jahat untuk sedarkan penonton kerana saya mementingkan mesej dalam setiap filem atau drama yang saya lakonkan."
Faizal yang mula menceburi bidang lakonan semenjak berusia lima tahun pernah membintangi 25 buah filem antaranya adalah "Abu Ya", "Bunohan", "Datin Ghairah", "KL Menjerit", "Leftenan Adnan", "Gila-Gila Remaja" dan banyak lagi.
Selepas filem "Abu Ya", Faizal bakal muncul dengan tiga buah filem iaitu "1957", "Taiko" dan "Khon Malay" yang sedang menjalani penggambaran secara berperingkat.

