“Album Pertama Monoloque”

Posted by TUPAI


Selepas lagu hits "Kekanda Adinda" duet bersama Atilia, akhirnya kumpulan Monoloque berjaya menyiapkan album pertama mereka yang mengambil masa selama dua tahun.

Dipetik dari Mstar, menurut vokalis utama kumpulan itu, Khairul Annuar Ridzwan Alias atau Loque memberitahu judul album mereka, "Hikayat Halimunan Abad Ke-21" ini tidak mengambil masa lama untuk rakaman tetapi proses mengumpul bahan, pembentukan indentiti dan ciri-ciri bunyi yang mengambil masa sehingga dua tahun.

"Proses ini termasuklah transformasi Monoloque daripada projek solo saya kepada sebuah kumpulan yang kemudian melalui pelbagai proses keluar masuk anggota sehingga lengkap," ujarnya .

Monoloque dianggotai oleh Loque sendiri (vokal utama, gitar dan piano), Ijoo (gitar utama), Dax (bass), Loko (dram) dan Apex (gitar).

Sementara itu, Loque turut memberitahu bahawa dia telah mengundang penyanyi Azlina Aziz yang menyanyikan sebuah lagu berjudul "Batu Belah Batu Konkrit".

Jelasnya tentang pemilihan Azlina yang juga merupakan anak kepada Seniwati Normadiah dan Seniman Aziz Jaafar dalam lagu ni, adalah kerana dia cukup mengagumi muzik era sewaktu di zaman kegemilangan ibunya.

"Pemilihan Azlina Aziz adalah kerana dia mewakili darah daripada ibu dan bapanya yang cukup hebat ketika zaman kegemilangan muzik dan filem sebelum merdeka. Jadi kami ingin mengabadikan sesuatu istimewa dalam album ini," ujarnya.

Bercerita mengenai lagu "Batu Belah Batu Konkrit", lagu tersebut mengisahkan rajuk si ibu terhadap anak-anaknya yang semakin mengejar kemodenan dan globalisasi sehingga menelan budaya, alam, tanah pusaka dan adat resam.

Antara lagu lain yang dimuatkan, "Kupu-Kupu Malam", "Jejak Tanah", "Penghormatan Terakhir", "Gurindam Hutan Batu", "Cinta", "Kekanda Adinda", "Hapuskan Air Di Matamu" dan "Tiada Kata Secantik Bahasa".

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook