Brian Hugh Warner atau lebih dikenali sebagai Marilyn Manson telah dinobatkan sebagai ahli muzik paling menakutkan dalam satu tinjauan pendapat dibuat oleh Billboard.com bersempena sambutan Halloween baru-baru ini.
Dipetik daripada Billboard, penyanyi, penulis buku dan aktor berusia 42 tahun yang menggunakan gabungan nama seks ikon terkenal Marilyn Monroe dan pembunuh bersiri Charles Manson berjaya 'menakutkan' peminat muzik dengan penampilannya, solekan ala Kabuki, muzik video yang pelik dilengkapi manusia di gudang terbiar dan sebagainya.
![]() |
| Lady Gaga di Anugerah Muzik Video MTV 2009. |
"Tahniah Marilyn Manson! Jika ada ahli muzik yang wujud dengan perkataan mimpi ngeri, sudah pasti ianya adalah anda," dipetik daripada laman sesawang Billboard.com.
Marilyn Manson telah berjaya mendahului penyanyi rock Alice Cooper yang berada di tempat kelima, diikuti Ozzy Osbourne dan Slipknot di tempat ketiga.
Penyanyi "Born This Way", Lady Gaga pula berada di tempat kedua dengan undian sebanyak 35 peratus. Dia yang sering tampil dengan imej pelik pernah melakukan pelbagai kejutan setiap kali melakukan persembahan. Antaranya adalah ketika persembahan pembukaan untuk Anugerah Muzik Video MTV pada tahun 2009 di mana penyanyi berusia 25 tahun ini tampil dengan keadaan berdarah, serta muncul sebagai makhluk asing di Anugerah Grammys.