Selepas dinikahkan pada Jumaat lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, pasangan pengantin baru Ahmad Nabil Ahmad dan Nazirah Ayub diraikan pula dengan majlis resepsi yang berlangsung di Taman Digital i-City, Shah Alam semalam.
Bertemakan wonderland, majlis resepsi ini telah dihadiri lebih kurang 6,000 jemputan termasuk peminat setia bekas juara Raja Lawak musim kedua ini serta selebriti seperti Jaclyn Victor, Angah Raja Lawak, Black, Didie Alias dan ramai lagi.
Nabil, 28, selamat menjadi suami kepada bekas pramugari yang lebih mesra dikenali sebagai Zira, 23, dengan dua kali lafaz tepat jam 5.16 petang pada majlis akad nikah yang berlangsung pada Jumaat lalu.
Nabil selamat dinikahkan oleh jurunikah Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Ahmad dengan mas kahwin RM300 dan wang hantaran berjumlah Rm15,000.
Pasangan suami isteri ini merancang untuk menunaikan umrah bersama di Mekah pada Disember akan datang memandangkan jadual Nabil penuh sehingga November sebelum memilih lokasi kedua untuk berbulan madu selepas itu.
Jom kita lihat gambar sekitar majlis resepsi Nabil dan Zira!


































