Dipetik daripada laporan New York Daily News, penyanyi berusia 23 tahun itu telah menulis di blog laman sesawang rasminya memberitahu pembatalan konsert adalah disebabkan satu 'penyakit'.
"Saya kecewa dan risau untuk memberitahu semua bahawa saya sekali lagi menghadapi masalah dengan suara saya.
"Saya tiada pilihan lain selain disarankan berehat untuk pulih sepenuhnya, atau saya berisiko merosakkan suara saya selama-lamanya," ujar Adele.
Menurut satu kenyataan rasmi, Adele akan menjalani pembedahan tekak untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya.
Selepas berita itu diumumkan, khabar angin mula tersebar di Twitter mengatakan penyanyi kelahiran London ini mungkin menderita kanser tekak. Walaubagaimanapun Adele dan pihak pengurusannya masih lagi berdiam diri tentang penyakit yang dihadapinya itu.


