Simon Cowell terlalu sibuk untuk berkahwin

Posted by TUPAI

Ramai yang tertanya-tanya apakah status hubungan Simon Cowell bersama tunangnya, Mezhgan Hussainy sekiranya mereka akan berkahwin atau tidak memandangkan pasangan ini telah mengikat tali pertunangan 19 bulan yang lalu.

Menurut majalah Star, bekas juri "American Idol" ini mengakui terlalu sibuk dengan kerjaya sehinggakan ia melewatkan perkahwinan mereka kerana sukar mencari masa yang sesuai.

"Saya tidak akan tipu tetapi tahun ini saya hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada program "The X-Factor"", kata Simon kepada Star.

"Ia mungkin merupakan tahun paling sibuk yang pernah lalui sepanjang karier ini."

Simon yang bakal menginjak usia 52 tahun pada 7 Oktober akan datang telah bertunang dengan juru mekap artis Mezghan pada Febuari 2010 selepas bertemu di set rancangan televisyen popular "American Idol".

Selepas meninggalkan rancangan popular tersebut pada 11 Januari 2010, Simon sibuk memberi tumpuan kepada program "The X-Factor" versi Amerika Syarikat sehingga mengetepikan perkahwinannya buat sementara waktu.

"Membuat pilihan untuk berkahwin adalah sesuatu yang anda perlu membuat keputusan apabila tiba waktunya," akhiri Simon.

Kisah pasangan ini putus tunang hangat diperkatakan selepas Simon jarang sekali tampil bersama Mezhgan.

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook