Lady Gaga mahu hak cipta namanya

Posted by TUPAI


Stefani Germanotta atau lebih terkenal dengan panggilan Lady Gaga baru-baru ini telah menyaman sebuah syarikat kerana telah menggunakan namanya untuk produk produk barang kemas dan kosmetik.

Menurut laporan daripada NY Daily News, penyanyi "Born This Way" telah memfailkan saman terhadap Excite Worldwide di sebuah mahkamah di Manhattan agar menghentikan permohonan hak milik jenama Lady Gaga yang dibuat oleh mereka.

Excite Worldwide mempunyai satu rangkaian jenama bernama "Lady Gaga by Design" dan menurut Lady Gaga, ia telah menghalang perancangan yang dibuat oleh syarikatnya, Ate My Heart, Inc untuk memasarkan produk seperti lilin, rantai kunci, beg, tuala, tatu, rambut palsu dan sebagainya dengan menggunakan namanya.

Penyanyi berusia 25 tahun itu juga turut menyuarakan kebimbangan menerusi saman yang difailkan iaitu peminat akan keliru apabila melihat nama Lady Gaga di rangkaian produk dan akan menganggap ia berkaitan dengannya.

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook