Juliana Evans Jawab Perihal Zizan Raja Lawak dan ‘Nasi Kangkang”

Posted by TUPAI


Berbulan lamanya gosip cinta di antara pelakon cantik Juliana Evans  atau mesra dengan panggilan Jue dan pelawak juga pengacara popular tanahair, Zizan Raja Lawak tersebar luas, namun sehingga ke hari ini mereka berdua selesa mengakui sekadar teman rapat sahaja.

“Saya dengan Zizan memang sangat rapat, tapi perasaan saya terhadap dia tidak lebih perasaan kasih kepada seorang kawan. Saya selesa dengan hubungan kami berdua sekarang jadi saya tidak mahu sebarang perasaan yang lebih dari seorang kawan bakal merosakkan hubungan persahabatan kami. Jadi biarlah begini, saya gembira,” ujar pelakon berdarah Melayu-Inggeris ini.

Jue turut mengakui Zizan antara lelaki yang rapat dengannya buat masa ini. Malah Jue turut mengagumi jejaka kelahiran Dungun,Terengganu yang disifatkannya seorang yang  kuat berlawak, penyanyang, mengambil berat, matang dan komited dengan karier.

“Kalau ditanya siapa lagi lelaki yang rapat dengan Jue, Zizan adalah antara orangnya.  Dia punya kriteria lelaki idaman yang saya cari tetapi sayangnya bibit-bibit cinta antara kami belum berputik. Mungkin kami hanya ditakdirkan sebagai kawan sahaja.”

Kalau dilihat dari pandangan mata kasar, kemesraan antara mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih. TUPAI suka juga kalau mereka berdua ini betul-betul couple, sweet, sesuai dan sama-sama 'nakal'. Tapi apakan daya, kedua-dua tuan empunya diri dah cakap kawan, kita follow jerlah. (Foto diambil ketika Tayangan Perdana  Hantu Bonceng & Majlis Berbuka Puasa di Pawagam Odeon, Kuala Lumpur)

“Buat masa ini Jue lagi senang dilabel ‘semi single’, maknanya belum berpunya tapi ramai kawan lelaki. Maknanya saya ramai kawan lelaki cuma lelaki yang bergelar ‘kekasih’ belum ada lagi,” ujar pelakon filem ‘Kami The Movie” ini lagi ketika ditemui di Tayangan Perdana filem “Hantu Bonceng” baru-baru ini.

Ketika ditanya pengalaman serta kesukaran sepanjang  berlakon dalam filem komedi seram, “Hantu Bonceng” yang bakal menemui pawagam 31 ogos ini. Jue menjelaskan tidak banyak kesukaran menjayakan filem tersebut meskipun harus menggalas tiga watak berbeza.

“Memegang tiga watak berbeza iaitu watak gadis kampung lurus bendul, watak hantu dan gadis jahat memang agak  mencabar. Bayangkan untuk watak hantu sahaja, saya kena mekap berjam-jam, naik treler dan sebagainya. Tapi adengan paling mencabar bila saya kena menghafal mantera pelik untuk adengan nasi kangkang, memang seram.”

“Selain itu juga, saya berdepan dengan kesukaran untuk menutup mulut Zizan kerana dia tidak pandai berhenti buat lawak. Sampai ada satu tahap saya terpaksa mengarahkannya untuk berhenti buat lawak. Dia berhenti, tapi enam minit kemudian dia sambung lagi,” ujar penuntut  Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Sunway University College ini  berseloroh.

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook