Marion Caunter rahsiakan jantina bayi

Posted by TUPAI

Marion Caunter, hos rancangan E! News Asia, ingin merahsiakan jantina bayinya.

Dalam sebuah temudaga eksklusif dengan selebriti Malaysia kacukan Inggeris-Portugis-Cina itu menyatakan bahawa dia dan suaminya SM Nasarudin sebenarnya sudah tahu jantina anak dalam kandungan tetapi ingin merahsiakannya buat sementara waktu.

Setelah berkahwin dengan pengerusi Naza Group itu pada Disember lepas, desas-desus kehamilan penyampai molek itu hanya menjadi berita apabila diakui olehnya minggu lepas.
“Saya  tiada apa-apa rancangan buat nama bayi tetapi sesiapa yang ada ilham, tolonglah cadangkan kepada saya di Twitter!” ujar personaliti TV itu.

"Saya harap saya boleh menjadi seorang ibu yang ‘cool’ tetapi saya tidak akan memanjakan anak saya. Kita tidak boleh ikut suka hati saja,” menurutnya lagi.

Marion dikatakan terbuka kepada kemungkinan beranak lagi selepas ini tetapi dia mahu suaminya turut berkongsi beban dahulu.

Buat masa ini, hos TV itu dikatakan masih sibuk bekerja, namun dia akan mengambil cuti apabila masuk trimester ketiga.

| edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook