Lady Gaga & Katy Perry Diharamkan Di China

Posted by TUPAI


Baru-baru ini, kerajaan Negara China telah mengeluarkan senarai seratus buah lagu yang dilarang untuk diputarkan di radio mahupun dijual di Negara itu. Dalam senarai seratus lagu terlarang, terdapat enam buah lagu milik Lady Gaga. Selain dari Lady Gaga, lagu milik Katy Perry dan Beyonce juga turut berada dalam senarai lagu terlarang tersebut.  

Pihak kerajaan China menegaskan siapa yang menjual atau menyediakan layanan streaming juga diperintahkan untuk menghapuskan lagu-lagu tersebut sebelum 15 September. Siapa yang ingkar terhadap perintah itu akan dikenakan hukuman. Arahan ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan China pada setiap tahun dan dibuat berdasarkan panduan yang telah ditetapkan sebelumnya.

Sebahagian besar lagu yang terdapat dalam senarai seratus lagu terlarang adalah lagu milik penyanyi Taiwan atau Hong Kong namun ada beberapa lagu milik penyanyi internasional yang turut disenaraikan. 

Antara lagu milik penyanyi internasional adalah "The Edge of Glory", "Hair", "Marry the Night", "Americano", "Judas", dan "Bloody Mary" milik Lady Gaga.

Lagu-lagu lain adalah "Last Friday Night" (T.G.I.F) milik Katy Perry, "Run the World" (Girls) Beyonce,  "I Want it That Way" Backstreet Boys, dan "Burning Up" yang dinyanyikan oleh Britney Spears. Lagu-lagu di atas dilarang diputarkan diradio dan dijual di China kerana dianggap mempunyai kualiti yang rendah.  


, , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook