Raja Azmi: Ada Konspirasi Jatuhkan Saya

Posted by TUPAI

Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan akan mengheret tiga individu antaranya bekas isteri jaguh badminton negara Roslin Hashim, Norhayati Othman, 39, ke mahkamah yang didakwa memfitnah dirinya dan mempunyai konspirasi untuk menghancur keluarganya berhubung kes khalwat membabitkan dirinya dan Roslin.

Bercakap di sidang media dan majlis kesyukuran yang diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur semalam, Raja Azmi, 51, menerangkan tindakan tersebut akan diambil bagi membersihkan nama baik dan maruahnya yang tercemar ekoran kes khalwat tersebut.

"Saya mempunyai bukti untuk mengheret kesemua individu terlibat yang menganiayai saya dan suami (Jalani Sidek) ke muka pengadilan demi maruah keluarga terutama anak dan cucu saya memandangkan kes khalwat yang sengaja diada-adakan ini sudah tersebar luas di laman sosial.

"Selepas mengemukakan saman, saya akan mendapatkan perintah mahkamah agar artikel kes khalwat saya dan Roslin dipadamkan di internet," jelas Raja Azmi di sidang media yang turut dihadiri Roslin, Jalani dan peguam mereka, Roslizam Rahim.

Raja Azmi turut berharap tiga individu tersebut dapat membuktikan bahawa mereka tidak terlibat dengan konspirasi menjatuhkannya dan Roslin dengan permohonan maaf sekaligus akan menyenangkan prosiding mahkamah.

"Saya akan menerima permohonan maaf dan tidak perlu melibatkan saman ini. Lagipun saya bukan ingin membuka aib sesiapa pun tetapi hanya untuk memudahkan hal berkaitan dengan isu tersebut," tegas beliau lagi.

Pada 7 Ogos tahun lalu, Raja Azmi telah dituduh berkhalwat dengan Roslin ketika serbuan dilakukan oleh Norhayati bersama dua adik dan ibunya serta Jalani di bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang di sini kira-kira jam 8.30 malam.

Dakwaan khalwat telah dikemukan oleh Norhayati ketika prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 18 Ogos lalu. Namun selepas setahun proses siasatan berlangsung, Raja Azmi dan Roslin telah dibebaskan daripada tuduhan itu.

Raja Azmi mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan Jalani selama 29 tahun itu.

Dari kiri Roslin Hashim, Raja Azmi, Roslizam Rahim (Peguam) & Jalani Sidek (Suami Raja Azmi) 

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook