Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Astro bakal menyiarkan pelbagai program menarik sepanjang Hari Raya antaranya ialah Konsert Mega Raya 2011 yang disiarkan disaluran Astro Ria pada 30 Ogos 2011 pukul 6 petang.
Konsert ini menampilkan gabungan artis eksklusif Astro dan beberapa artis ternama lain dengan pelbagai segmen yang menarik.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, Konsert Mega Raya 2011 ini bakal menampilkan beberapa kelainan berbanding sebelum ini.
"Ini merupakan tahun ketiga kami menerbitkan program Mega Raya 2011 dan ia banyak kelainannya berbanding sebelum ini.
"Antaranya ialah gabungan artis yang terdiri daripada artis baru dan lama serta beberapa segmen baru yang berbentuk permainan," jelasnya ketika ditemui pada sesi rakaman Mega Raya 2011.
Program selama sejam itu juga akan menampilkan beberapa sketsa bagi memeriahkan lagi program tersebut.
"Dari segi pemilihan lagu, mereka bukan sahaja mendendangkan lagu Hari Raya malah lagu-lagu yang sedang popular masa kini.
"Kami mahu program ini ditonton seisi keluarga pada petang Hari Raya dalam keadaan santai," ujarnya.
Antara artis yang memeriahkan program Mega Raya 2011 ini ialah Aznil Nawawi, Farid Kamil, Akim AF,
Zizan Raja Lawak, Jimmy Shanley, Kamal Adli, Adi Fashla, Scha Al Yahya, Erra Fazira, Ziana Zain, Elfira Loy, Kila Fairy, Ira, Erul AF9 dan Ana Raffali.
 |
| Zizan Raja Lawak membuat persembahan bersama Ana Raffali |
|
 |
| Ini dia barisan selebriti wanita yang menjayakan program "Konsert Mega Raya 2011" |
 |
| Ini pula barisan selebriti lelaki yang menjayakan "Konsert Mega Raya 2011" |
 |
| Ana Raffali |
 |
| Erul AF9 |
 |
| Kamal Adli |
 |
| Zizan Raja Lawak |
 |
| Erra Fazira & Ziana Zain |
 |
| Jimmy Shanley |
 |
| Aznil Hj Nawawi |
|
 |
| Scha Al Yahya |
 |
| Kila Fairy |
|