Galeri: Di sebalik tabir RAYA TAK JADI

Posted by TUPAI


SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca TUPAI!

Rasa macam dah lama tak saksikan Dato' Jalaluddin Hassan di layar perak, bukan? Beliau akan bergandingan dengan pelakon komedi Saiful Apek dan Johan Raja Lawak untuk filem "Raya Tak Jadi" yang diarahkan tak lain tak bukan iaitu Profesor A. Razak Mohaideen yang sememangnya terkenal dengan filem-filem bergenre begini.

"Raya Tak Jadi" mengisahkan dua adik-beradik yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman pada penghujung Ramadan telah menemui seorang lelaki misteri di dalam bonet teksi milik mereka. Setelah menyedari lelaki tersebut adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah diculik oleh seorang usahawan kurma, kedua adik-beradik ini memberanikan diri dan mengatasi penculik tersebut sebelum ahli keluarga mereka dalam bahaya.

"Raya Tak Jadi" akan ditayangkan di pawagam pada pertengahan Syawal iaitu 15 September 2011. Masih belum terlambat untuk menontonnya!

Apa kata kita saksikan galeri di sebalik tabir dan treler filem komedi ini!

















Saksikan "Raya Tak Jadi" di pawagam bermula 15 September 2011!


, , , , , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook