Forteen Sibuk Kemas Rumah Di Malam Raya!

Posted by TUPAI

Tinggal lagi beberapa hari untuk umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bila menjelang malam raya pasti kaum perempuan sibuk di dapur untuk menyediakan juadah Hari Raya. Manakala kaum lelaki pula sibuk untuk memasang pelita di sekeliling rumah sambil mendengar lagu raya tidak kira lagu raya lama atau yang baru.

Pasti keadaan menjadi riuh rendah dengan gelagat dan gelak tawa dari sanak saudara. Semestinya saat itu menjadi saat yang paling manis dalam memori kita semua. Kumpulan Forteen, yang terdiri dari empat orang lelaki Ariz, Izzue, One dan Ameerais ini pasti tidak terlepas dari kesibukan di malam Raya. Tahun ini merupakan tahun pertama kumpulan Forteen menyambut Raya sebagai artis berkumpulan. Popular dengan single pertama mereka "Berdua Bersatu", Ariz, Izzue dan One sempat berkongsi cerita tentang persediaan menyambut Raya dan tugasan yang perlu dilakukan di malam Raya. 

Jom Ikuti Temubual bersama Forteen...

1. Pertama kali beraya sebagai artis, apa perasaan dan persediaan yang dilakukan? (Contoh brapa pasang baju raya, ada buat rumah terbuka dan sebagainya.)
ARIZ :Perasaan tetap sama seperti dahulu. Gelaran artis tidak membuatkan saya berubah menjadi orang lain. Untuk tahun ini saya membeli dua pasang baju melayu.
IZZUE :Perasaan beraya sebagai artis agak tidak sabar dan seronok.Persediaan raya tahun ni agak simple macam tahun yang lepas juga. Tahun ini saya sediakan dua pasang baju melayu.
ONE : Ini adalah satu pengalaman baru buat one di mana beraya sebagai artis berkumpulan, rasa gembira sangat kerana dapat sertai kumpulan Forteen. Untuk tahun ini persediaan biasa saja. Seperti tahun lepas. Baju melayu untuk tahun ini  satu pasang saja. InsyaAllah saya akan buat open house untuk kawan-kawan.

2. Tugasan yang dilakukan ketika menjelang raya? (Contoh persiapan malam raya, pasang langsir atau pasang pelita.)
ARIZ : Antara tugasan yang wajib adalah bergotong royong untuk mengemaskan rumah, menyusun kuih-muih di atas meja, dan kerja yang paling diminati mengisi duit raya di dalam sampul raya walaupun bukan untuk diri sendiri tetapi seronok apabila terbayang wajah anak saudara ketika menerima duit raya itu nanti.
IZZUE :Selalunya malam raya izzue dan keluarga akan sama - sama gotong royong.Ada yang pasang pelita, menganyam ketupat.
ONE : Selalunya tugasan saya ialah mengacau makcik - makcik saya yang sedang masak untuk persiapan raya.Sebabnya saya tak tahu memasak tapi biasanya kami semua warga lelaki dikampung akan mengemas rumah apa yang patut seperti mengemas halaman rumah, mencabut rumput mana yang dah panjang dan kalau dulu-dulu malam sebelum raya suka main mercun tapi bahaya.. jangan main mercun ok.

3. Juadah kegemaran yang wajib ada ketika raya?
ARIZ :Ketupat, rendang daging dan juga serunding!
IZZUE :Juadah yang wajib ada adalah ketupat serunding manis buatan nenek saya.
ONE : Yang wajib ada masa pertama raya, nasi impit, rendang ayam/daging, lemang, ketupat, kuah kacang, dan banyak lagi.

4. Bajet raya untuk tahun ini berapa?
ARIZ :Bajet untuk tahun ini, masih lagi seperti dahulu, bersederhana sahaja.
IZZUE :Bajet tahun ni tidak banyak pun..sebab saya bershopping pun sekadar yang mampu saja. Alhamdulillah.
ONE : Tahun ini hanya ala kadar sahaja..;)

5. Antara tart nenas dan semprit mana satu jadi pilihan?
ARIZ :semestinya kuih tart nenas buatan ibu saya.
IZZUE : Semprit!!!!terbaik ;)
ONE : Semprit

6. Pilihan lagu raya: Lagu lama vs moden mana yang jadi pilhan?
ARIZ :Lagu raya lama kerana hanya lagu-lagu lama sahaja yang mampu mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak saya.
IZZUE : Semua lagu raya tidak kira lama dan baru..semua best.
ONE :Saya suka versi yang lama...kenangan mengamit memori.


Dari Kiri Ariz, Izzue, One & Ameerais

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook