Elly Mazlein Teruja Beraya Bersama Tunang

Posted by TUPAI

Lebih kurang seminggu saja lagi umat Islam bakal menyambut ketibaan Syawal, kemeriahan dan debaran menyambut Hari Raya Aidilfitri semakin dirasai oleh seluruh umat Islam begitu juga buat penyanyi dan pelakon jelita, Elly Mazlein yang buat pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai tunangan orang.

Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia menganggap sambutan Aidilfitri ini paling bermakna apabila dia bakal meraikan Aidilfitri bersama jejaka yang telah menyuntingnya sebagai tunangan orang pada 29 Mei lalu, Azmi Hatta.

“Saya teruja sangat, berdebar pun ada maklumlah tahun ini buat pertama kalinya bakal meraikan Hari Raya bersama tunang dan mengunjungi rumah keluarga tunang di Seremban, Negeri Sembilan pada hari raya kedua, Bagi saya inilah raya yang paling seronok, feeling dia lain” ujar pelakon berusia 30 tahun itu dengan ceria.”

“Kenapa seronok? Kerana tahun ini saya dapat meraikan lebararan bersama-sama insan yang saya sayangi, keluarga, tunang dang keluarga baru (keluarga tunang) dan teman-teman rapat. Kalau sekarang pun sudah teruja dan gembira cuba bayangkan bagaimana gembiranya apabila dapat beraya sebagai suami isteri nanti,” tambah Elly lagi sewaktu ditemui di rakaman rancangan Melodi raya terbitan TV3, di sini baru-baru ini.

Ketika ditanya tentang persiapan majlis perkahwinan pula, setakat ini hampir 30 peratus persiapan perkahwinan sudah disediakan. Elly turut menyatakan majlis resepsinya nanti dirancang akan diadakan di Kuala Lumpur sahaja bagi memudahkan sanak saudara, sahabat handai kedua belah pihak  juga rakan media menyaksikan hari bersejarah mereka nanti.

“Kami merancang untuk berkahwin sekitar bulan Febuari tahun depan. Cuma tarikh sebenar majlis itu masih belum ditetapkan lagi. Cuma apa yang boleh saya cakap, kemungkinan besar  majlis itu akan diadakan di  Bukit Kiara, kuala Lumpur, lokasi sama seperti majlis pertunangan kami.”  Jelas Elly lagi.

Tambah pelakon  drama televisyen “Hantu Gigi” dan “Relakan Cinta” ini lagi, meskipun hari bahagia yang dirancang  diadakan pada bulan Febuari nanti, Elly sama sekali tiada sebarang rancangan memilih tarikh 14 Febuari yang lebih sinonim dengan sambutan Hari Kekasih.












, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook