Filem aksi drama arahan Dain Said, "Bunohan" telah terpilih sebagai satu-satunya filem Malaysia yang akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36 (TIFF) yang akan berlangsung pada 8-18 September 2011.
Dipetik daripada kenyataan media oleh syarikat produksi filem Apparat, "Bunohan" telah dipilih secara rasmi untuk kategori Discovery yang memaparkan filem daripada pembikin-pembikin filem meningkat naik dari seluruh dunia di festival berprestij di Amerika Utara ini.
Menurut juruprogram kepada TIFF, Giovanna Fulvi berkata: ""Bunohan" adalah filem yang mempunyai kuasa yang tersendiri. Arahan Dain Said yang mantap menjamin persembahan baik daripada barisan pelakon yang hampir keseluruhannya adalah lelaki. Ianya realistik dan bergaya."
Manakala pengarah dan juga penulis, Dain Said pula berkata: "Saya tidak pernah harapkan perkara ini terjadi. Apa yang boleh saya katakana? Saya berasa teruja terutamanya untuk semua tenaga produksi dan barisan pelakon yang telah berusaha untuk menjayakan filem ini."
![]() |
| Dari kiri: Faizal Hussein, Dain Said, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim. |
"Bunohan" juga telah berjaya mendapatkan pengedaran antarabangsa bersama Universal Pictures untuk pasaran di United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.
Filem lakonan Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae dan Namron mengisahkan sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan ayah mereka yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan menuju ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan.
"Bunohan" akan ditayangkan sekitar tahun 2012.
Antarabangsa
,
Buletin
,
Dain Said
,
Faizal Hussein
,
Festival Filem
,
Filem
,
Pekin Ibrahim
,
Tempatan
,
Zahiril Adzim
|



