Ramadhan kali ini membawa keceriaan buat Ana Raffali,26, kerana dengan kepulangan adik lelakinya yang belajar di Russia itu melengkapkan ahli keluarganya di bulan mulia ini.
Ana yang menggunakan sepenuhnya Ramadan kali ini untuk berehat bersama keluarga di samping memperbanyakkan amal ibadah dan kerja amal.
Ana yang menggunakan sepenuhnya Ramadan kali ini untuk berehat bersama keluarga di samping memperbanyakkan amal ibadah dan kerja amal.
Ditanya tentang juadah yang menjadi pilihan Ana Raffali ketika berbuka, Ana menjawab, "Saya suka makan masak lemak cili padi masakan emak saya. Tidak kisah sama ada masak lemak cili padi dengan udang, sotong ataupun dengan ketam tetap menjadi pilihan saya. Lagi satu menu kegemaran saya adalah ikan tenggiri goreng", ujarnya.
Menurut penyanyi yang popular dengan lagu "Tolong Ingatkan aku" ini, dia tidak kisah kalau makan makanan menu yang sama tiap-tiap hari. Ana yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur memberitahu bahawa kalau dirinya berkesempatan untuk berkunjung ke bazaar Ramadhan dia akan mencari nasi kerabu.
"Kalau saya berkesempatan pergi ke bazaar Ramadhan, saya akan cari Nasi Kerabu", tambahnya di akhir perbualan.
"Kalau saya berkesempatan pergi ke bazaar Ramadhan, saya akan cari Nasi Kerabu", tambahnya di akhir perbualan.

