Amy Winehouse tidak gunakan dadah saat kematian

Posted by TUPAI


Sangkaan orang ramai tentang kematian tragik penyanyi jazz Amy Winehouse sebulan lalu adalah disebabkan penyalahgunaan dadah ternyata meleset apabila keputusan ujian toksikologi menyatakan sebaliknya.

Menurut laporan Reuters, keluarga penyanyi "Rehab" ini memberikan kenyataan bahawa tiada penyalahgunaan dadah dijumpai dalam sistem badan Amy ketika waktu kematiannya.

Menurut kenyataan tersebut: "Laporan toksikologi mengesahkan tiada penggunaan dadah terlarang ketika Amy mati. Keputusan turut menunjukkan ada kandungan alkohol namun tidak dapat memastikan jika ia memainkan peranan dalam kematiannya."

Tony Bennett (kiri) akan terlibat untuk memberi
penghormatan kepada Amy Winehouse di VMA.
Keluarga Amy turut berterima kasih kepada polis dan koroner sepanjang proses penyiasatan dan menyatakan sabar menunggu laporan penuh inkues kematian Amy yang dijangka akan keluar pada Oktober akan datang.

Amy Winehouse telah ditemui mati di kediamannya di London pada 23 Julai 2011. Bagi memperingati bakat nyanyian dan kejayaan Amy, MTV akan mengadakan persembahan penghormatan untuknya di Anugerah Muzik Video (VMA) yang akan berlangsung Ahad ini. Penyanyi jazz terkenal, Tony Bennett yang merakamkan lagu duet "Body And Soul" bersama Amy pada Mac lalu turut akan terlibat dalam persembahan tersebut.

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook