Siri Jelajah Artis Rancakkan FFM24

Posted by TUPAI


Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24) kini kembali lagi dengan bertemakan Gemilang Filem Malaysia. Kali ini sebanyak 42 buah filem yang layak bertanding. Bagi merancakkan FFM24 tahun ini, pihak penganjur telah merangka pelbagai aktiviti bagi memastikan penganjurannya sesuai dengan temanya.

Antara aktivitinya adalah pihak penganjur mengadakan siri penjelajahan seluruh Malaysia dengan membawa artis dan selebriti tempatan yang bertanding dalam FFM24 kali ini. Ia melibatkan beberapa buah bandar besar antaranya Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Baru, Melaka dan Seremban. Siri penjelajahan ini akan bermula pada September 2011 sehinggalah November 2011.   

Seperti kebiasaan, FFM24 pada tahun ini akan mengadakan dua majlis penganugerahan berbeza iaitu malam Anugerah Gemilang Cipta FFM24 yang akan diadakan di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur pada 16 November 2011. Manakala malam kemuncak FFM24 akan berlangsung pada 19 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Keseluruhan anugerah pada kali ini melibatkan 33 anugerah termasuklah Anugerah Perdana Khas (3 anugerah) dan Anugerah Khas Juri (empat buah). 12 kategori untuk Anugerah Gemilang Cipta manakala 14 kategori untuk malam kemuncak FFM24. 

FFM24 akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105). 

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook