Senario Perjuangkan Semangat RELA

Posted by TUPAI

Kumpulan Senario kembali lagi dengan filem terbaru iaitu "Senario Ops Pocot". Berpeluang bertemu dengan salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Wahid dan Diana Amir yang turut mmbintangi filem ini sempat berkongsi cerita tentang pengalaman dan cabaran yang di hadapi sepanjang Penggambaran. Filem arahan Ismail Bob Hashim ini menjalani penggambaran di Sungai Udang, Melaka selama sebulan. Filem "Senario Ops Pocot" telah pun berada di pawagam di seluruh Malaysia. 

Jom Ikuti temubual bersama mereka.

Pertama sekali terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temubual ini. Boleh ceritakan watak anda berdua dalam filem "Senario Ops Pocot"?
Wahid: Sama-sama. Watak saya dalam filem senario kali ini masih sama denagan filem senario sebelum ini iaitu watak Wahid. Wahid seorang yang lemah semangat dan disebabkan perkara tersebut majikannya menghantar Wahid untuk menyertai pasukan RELA. 
Diana: Saya memegang watak Mala seorang gadis remaja biasa yang menyertai pasukan RELA secara sukarela.

Kelainan "Senario Ops Pocot" dengan filem senario yang lain?
Wahid: Bagi filem "Senario Ops Pocot" kelainannya tidak banyak sangat berbanding dengan filem senario sebelum ini. Cuma "Senario Ops Pocot" ini macam patah balik kepada filem "Senario Episod Satu". Perbezaanya dalam "Senario Episod Satu" kami bertiga berjumpa ketika pergi sesi uji bakat tapi dalam filem "Senario Ops Pocot" kami berjumpa ketika menyertai pasukan RELA.   

Cabaran yang dihadapi sepanjang penggambaran?
Wahid: Cabaranya kami sudah seperti ahli pasukan RELA yang sebenar. Segala aktiviti yang dilakukan oleh ahli pasukan RELA, kami juga turut melakukan aktiviti tersebut.
Diana: Sama macam Abg Wahid cakap selama sebulan kami seperti ahli pasukan RELA yang sebenar. Segala aktiviti yang berat atau ringgan kami lakukan juga. Tidak ada beza.  

Adakah ini merupakan kali pertama Wahid bekerja dengan Ismail Bob Hashim dan bagaimana bekerja dengan beliau?
Wahid: Ya. Ini merupakan kali pertama saya bekerja dengan dia. Bekerja dengan Ismail Bob Hashim sangat senang dan dia memberi kebebasan kepada kami sebagai pelakon untuk membawa watak dengan cara kami sendiri. 

Diana pula berkerja dengan kumpulan Senario bagaimana dan adakah ini merupakan kali pertama bergandingan dengan Senario?
Diana: Bekerjasama dengan Senario senang. Walaupun baru pertama kali berjumpa ketika meeting tapi mereka layan saya dengan baik. Sepanjang masa sentiasa ketawa.

Kalau dilihat sekarang sudah banyak kumpulan lawak yang ada di Malaysia. Bagaimana cara untuk kumpulan Senario sendiri mempertahankan populariti?
Wahid: Buat masa ini, kami bertiga tidak memikir pun bagaimana untuk mempertahankan populariti tersebut. Kita kena terima sekiranya populariti jatuh atau tidak yang penting kita kena jaga diri kita. Paling utama Senario telah menbawa komedi itu sendiri ke peringkat yang atas. 
Diana: Bagi saya, kumpulan senario masih ada lagi pengikut. Senario adalah antara kumpulan pelawak yang masih bertahan dan dikenali oleh semua orang. 

Adakah Wahid rasa filem - filem Senario masih ada pengikut walaupun ada yang menyatakan lawak Senario tidak lagi relevan untuk zaman sekarang?
Wahid: Pada pendapat saya, saya tidak hairan dengan kata - kata orang tentang perkara trsebut. Paling penting adalah jalan cerita yang ingin kita bawakan dan sudah tentu kita melakukan sesuatu kerja itu dengan terbaik. 

Apakah perkembangan terbaru anda berdua?
Wahid: Saya baru habis penggambaran dua buah drama dengan MIGd dan skarang saya tengah sibuk dengan rancangan Wakenabeb.
Diana: Saya akan memulakan penggambaran filem terbaru saya iaitu "X". 

Soalan terakahir, harapan anda beruda untuk filem ini?
Wahid & Diana: Saya berharap semua orang akan pergi menonton filem "Senario Ops Pocot" dan terhibur dengan filem ini. 

, , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook