Senarai Artis Dalam "Club 27"

Posted by TUPAI

Kematian mengejut penyanyi Amy Winehouse pada Sabtu lalu mengingatkan kita pada insan seni yang meninggal ketika zaman keemasan atau ketika berada di kemuncakkan kejayaan. Polulariti dan kerjaya muzik yang cemerlang tidak boleh menyelamatkan hidup mereka dari terjerumus dalam gejala yang tidak sihat seperti ketagihan minuman keras dan dadah. Selain Amy Winehouse, ada beberapa nama insan seni yang meninggal ketika usia 27 tahun. Disebabkan perkara tersebut wujudnya satu kumpulan yang menggelarkan mereka "Club 27".

Jom lihat siapakah yang tergolong dalam kumpulan "Club 27". 


1. Amy Winehouse
Penyanyi dan penulis lirik berbakat berasal dari England ini ditemui meninggal di rumahnya di kawasan North London, pada Sabtu, 23 Julai 2011. Amy yang dikenali dengan masalah ketagihan minuman keras dan dadah ini ditemui meninggal pada pukul 4.15pm. Sampai saat ini, Punca kematian Amy masih tidak diketahui, meskipun pihak polis meletakkan andaian punca kematian Amy disebabkan penggambilan ubat-ubatan secara berlebihan. Amy merupakan seorang penyanyi lagu bergenre jazz dan blues yang hebat dan berkarakter. Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Rehab" ini sentiasa mencuri perhatian media. 


2. Kurt Cobain
Kurt ditemui meninggal di rumahnya di Seattle pada 4 April 1994. Mayat Kurt ditemui dalam keadaan yang agak menggerikan iaitu kepala hancur kerana kesan dari tembakkan kearah mulut. Di sebelah mayatnya terdapat sepucuk surat yang ditujukan kepada isterinya, Courtney Love. Hingga saat ini kematian Kurt masih lagi menjadi misteri meskipun diyakini dia meninggal kerana overdos, dan menembak dirinya sendiri. Spekulasi lain ada menyatakan bahawa Kurt dibunuh. Kurt merupakan seorang pemuzik hebat yang membawa perubahan besar dalam perkembangan muzik di era 80-an dengan muzik Grunge dan alternative rock.


3. Jimi Hendrix
Merupakan gitaris terbaik dalam sejarah muzik rock ini menghembuskan nafas terakhir pada 18 September 1970 di London. Kematian Jimi masih menjadi misteri hingga kini. Ada spekulasi yang menyatakan bahawa Jimi meninggal kerana penggambilan dadah secara berlebihan dan ketagihan minuman keras. Ada juga yang menyatakan Jimi dibunuh. Jimi Hendrix adalah lagenda muzik blues yang nama dan karyanya masih dikenang hingga kini.



4. Jim Morrison
Jim Morrison yang dikenali sebagai vokalis The Doors ini ditemui tidak bernyawa di kamar mandi di apartmentnya di Paris pada 3 Julai 1971. Hingga kini punca kematiannya masih belum menemui jawapan kerana mayatnya tidak melakukan proses bedah siasat. Ada yang menyatakan dia mati kerana serangan jantung. Bagaimapun sekitar tahun 2007 muncul khabar angin yang menyatakan Jim meninggal kerana pengambilan dadah jenis "heroin" secara berlebihan. Jim memang terkenal sebagai vokalis yang ketagih dengan seks, minuman keras dan dadah. Jim merupakan salah satu dari 100 penyanyi hebat sepanjang masa dengan wajah yang tampan dan handal dalam mengubah muzik dan puisi.



5. Janis Lyn Joplin
Janis Joplin ditemui meninggal di lantai kamar hotelnya di Los Angeles, 4 Oktober 1970, pada usia 27 tahun kerana pengambilan dadah jenis "heroin" secara berlebihan dan ketagihan minuman keras. Janis merupakan seorang penyanyi wanita aliran rock-blues yang sangat popular di era 60-an. Majalah Rolling Stones telah meletakkan nama Janis Lyn Joplin dalam senarai Artis Terpopular Sepanjang Masa. Kerjaya Joplin memang singkat, tapi dia telah meninggalkan impak yang besar dalam dunia muzik. Penggemar muzik blues akan mengingati Joplin sebagai seorang yang mencintai muzik blues.


6. Brian Jones
Jika Anda penggemar rock and roll pada tahun 60-an, anda pasti kenal dengan Brian Jones. Dia merupakan gitaris dan salah seorang anggota Rolling Stones. Brian yang terkenal dengan kebolehan bermain bermacam alat muzik. Dia juga merupakan seorang yang genius tentang muzik di zamannya. Brian ditemui meninggal di kolam renang di Sussex, England pada 3 Julai 1969. Kematiannya dipercayai berpunca dari pengaruh minuman keras dan dadah. Namun hingga kini, spekulasi punca kematian Brian masih menjadi misteri.

Kalau dilihat punca kematian bintang -bintang di atas adalah sama iaitu ketagihan minuman keras dan pengambilan dadah secara berlebihan. Bukan sahaja punca tapi usia juga sama iaitu 27 tahun. Kesemua mereka meninggal ketika populariti mereka sedang memuncak dan memberikan impak yang besar dalam kejaya masing-masing. Ada spekulasi yang menyatakan angka 27 merupakan angka maut di kalangan pemuzik dan penyanyi rock dan blues. Karya - Karya yang dihasilkan oleh mereka sehingga kini masih lagi segar dalam ingatan para peminat mereka di seluruh dunia dan akan dikenang sampai bila-bila. 

, , , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook