Rossa Dapat Gelaran Dari Raja Kraton Surakarta

Posted by TUPAI

Pelantun lagu hit "Ayat - Ayat Cinta" dan "Hey Ladies" iaitu Sri Rossa Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai Rossa telah dikurniakan gelaran bangsawan dari keraton Surakarta.

Kini nama Rossa berubah menjadi Kanjeng Mas Ayu Temenggung Sri Rossa Swarakaloka.Gelaran itu dikurniakan oleh Raja Kraton Surakarta, Pakubuwono ke XIII, Tedjowulan. 

Rossa yang berasa bangga dan terharu dengan penghormatan yang diberikan kepadanya mengakui bahawa untuk mendapat gelaran tersebut merupakan cita-citanya sejak dari dulu lagi. 

"Saya berasa bangga dan terharu kerana dikurniakan gelaran tersebut. Tidak semua orang akan mendapat gelaran tersebut," ujarnya kepada laman web detik.com

Selain Rossa, Puteri Indonesia 2010 Nadine Alexandra Dewi dan Puteri Indonesia Reisa Kartikasari juga dianugerahi gelar kebangsaan Solo. 

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook