Kematian Amy Winehouse pada 23 Julai lalu mengejutkan keluarga, peminat dan juga orang industri, walaupun ramai yang sudah menjangkakan ia akan berlaku satu hari nanti jika melihatkan gaya hidup yang dilalui Amy.
Amy Jade Winehouse dilahirkan pada 14 September 1983 di Southgate, London. Kehidupan anak kepada bekas pemandu teksi, Mitch dan ahli farmasi, Janis pada awalnya bermula dengan sederhana. Walaupun kehidupannya bermasalah, Amy Winehouse memang tidak dinafikan seorang penyanyi yang cukup berbakat, mempunyai suara yang unik serta penampilan rambut sarang tebuannya itu membuatkan namanya dikenali ramai.
Jadi bagaimana wanita ini boleh terjerumus dalam dunia ketagihan dadah dan alkohol? Mari kita saksikan kronologi kehidupan penyanyi yang cukup berbakat dengan lagu-lagu bergenre soul, R&B dan jazz
Jadi bagaimana wanita ini boleh terjerumus dalam dunia ketagihan dadah dan alkohol? Mari kita saksikan kronologi kehidupan penyanyi yang cukup berbakat dengan lagu-lagu bergenre soul, R&B dan jazz
Album pertama Amy berjudul "Frank" berada di pasaran pada 20 Oktober tahun yang sama. Bakat menulis yang ada telah digunakan dengan bijak oleh Amy untuk album yang mendapat pujian di United Kingdom dan mendapat platinum. Beberapa pengkritik memberi komen tentang suara Amy yang berbeza dengan penyanyi lain yang ada, malah membandingkan dirinya dengan penyanyi hebat seperti Nina Simone dan Billie Holiday.
Setahun selepas kejayaan album "Frank", album keduanya, "Back To Black" pula menyusul di pasaran. Album kedua inilah yang melancarkan karier dan namanya sebagai penyanyi antarabangsa yang berbakat. Berbekalkan suara dan muzik yang unik serta penampilan rambut ala sarang tebuan, "Back To Black" mendapat jualan album terlaris di U.K dengan jumlah 1.85 juta pada tahun seterusnya. Amy pernah memberitahu, lagu "Rehab" yang mempopularkan namanya mengisahkan hidupnya yang gemar berparti dan keengganan untuk mendapatkan pertolongan. Pengakuan tersebut secara tidak langsung membuatkan ramai yang menyangka penyanyi ini mempunyai isu dalam dirinya.![]() |
| Amy bersama Kelly Osbourne ketika Festival Coachella. |
2008
![]() |
| Amy memeluk ibunya, Janis selepas memenangi anugerah Grammy. |
2009
![]() |
| Amy Winehouse dan Blake Fielder-Civil bercerai juga akhirnya. |
![]() |
| Keadaan diri Amy Winehouse ketika membuat persembahan di Summer Ball pada tahun 2008. |
![]() |
| Amy Winehouse dan Mark Ronson ketika persembahan di London di mana Amy terlupa lirik dan meminum alkohol di belakang pentas. |
![]() |
| Ketagihan terhadap alkohol memberi kesan kepada karier Amy Winehouse. |
![]() |
| Keadaan diri Amy Winehouse ketika membuat persembahan di Belgrade. Siapa sangka ia adalah kali terakhir Amy membuat persembahan. |
Pada 27 Mei, Amy mengumumkan dia akan kembali ke rehab untuk mendapatkan rawatan untuk memulihkan ketagihannya terhadap alkohol. Namun beberapa hari selepas itu, Amy dilaporkan keluar dari klinik Priority dan jurucakapnya memberitahu "Amy sudah menghabiskan rawatan" dan dikatakan tidak sabar untuk memulakan sesi jelajah Eropah. Ketika persembahan di Belgrade pada 18 Jun, Amy lewat muncul di lokasi, terlupa lirik, berjalan tanpa arah di atas pentas, menjatuhkan mikrofon dan telah di-boo oleh peminatnya. Selepas kejadian itu, penyanyi British ini membatalkan 12 tarikh daripada sesi jelajah Eropah yang kononnya 'dinanti-nantikan'. Jurucakap Amy, Chris Goodman memberitahu penyanyi itu menarik diri daripada semua persembahan yang telah ditetapkan untuk memberi fokus untuk memulihkan dirinya. Pada 20 Julai, Amy muncul di Festival iTunes untuk memberi sokongan kepada anak angkatnya, Dionne Bromfield yang membuat persembahan di London. Ia merupakan kemunculan terakhir Amy. Pada 23 Julai 2011, penyanyi bermasalah berusia 27 tahun ini ditemui mati di kediamannya di London. Walaupun punca kematiannya masih belum diketahui, ramai yang syak ia berkaitan dengan alkohol dan dadah.
![]() |
| Kali terakhir Amy Winehouse muncul di khalayak ramai adalah ketika Festival iTunes bersama Dionne Bromfield (atas). |
![]() |
| Tiga hari selepas itu, Amy Winehouse ditemui mati kediamannya. |
![]() |
| SEDIH.. Ayah Amy Winehouse, Mitch (kiri sekali), ibunya Janis (berbaju putih) dan teman lelaki, Reg Traviss (sebelah Janis) melihat peringatan yang dibuat oleh peminat Amy di luar rumahnya. |
Bagaikan terkena 'sumpahan', Amy Winehouse adalah salah seorang artis yang termasuk dalam 'Club 27', iaitu nama kumpulan buat kesemua artis berbakat yang meninggal dunia pada usia 27 tahun. Antara artis yang tergolong dalam kumpulan tersebut termasuk Jimi Hendrix, Janis Joplin, Jim Morrison dan juga vokalis Nirvana, Kurt Cobain.
Moga Amy Winehouse akhirnya mendapat keamanan walau di mana pun dia berada.
Moga Amy Winehouse akhirnya mendapat keamanan walau di mana pun dia berada.





















