Dua tahun lalu buat pertama kali dijejakkan kaki ke sini, pertemuan sulungnya bersama peminat-peminat ditinggalkan kenangan terindah menerusi showcase. Tidak puas! Itu sebab utama yang melonjakkan aderenalin para peminatnya meminta agar naib juara American Idol Musim ke-7 ni kembali semula! Lantas dilontarkan menerusi laman sosial facebook Sony Music Malaysia. Bermula di destinasi Indonesia , Filipina ke Vietnam kini saat yang didamba telah tiba!
Semalam (25hb Julai), kira-kira jam 12.50 tengahari dengan menaiki pesawat Vietnam Airlines yang berlepas dari bandar HO Chi Minh, hitmaker 'Crush' ni sekali menjejaki kaki di Kuala Lumpur. Dan kali ini, dia datang 'bersama' semangat mahu menghiburkan sekalian peminat, atas nama konsert penuh, "DAVID ARCHULETA The Other Side Of Down Tour Live In Malaysia '11".
TUPAI berkesempatan bersua muka dengannya di sidang media, petang semalam (yang didakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur), apa yang boleh disimpulkan, David Archuleta aka Archie masih seperti 2 tahun lalu, murah dengan senyuman. Bercerita mengenai album ke-2nya yang di-release sejak Oktober tahun lalu ni, 'The Other Side Of Down' disifat sebagai tentang refleksi dirinya. Setiap track punya signifikan tersendiri mengenai dia yang bukan saja seorang anak seni malah seorang remaja, idola juga inspirasi buat semua. Dan seandainya dia punya peluang, dia mahu berkolaborasi bersama idolanya, Steve Wonder.
Malam ini tepat jam 8 malam, bertempat di Stadium Negara, David bakal menghiburkan sekalian ArchAngels (gelaran untuk peminat-peminatnya). Selain deretan lagu hits dia juga akan mendendangkan lagu-lagu petikan album terbarunya seperti 'Something Bout Love', 'Elevator' & 'Falling Star'. Bagi yang belum ada tiket, anda masih punya masa untuk mendapatkannya! Pastikan datang awal ke stadium untuk membeli tiket VVIP masih lagi dijual. Menariknya, dengan setiap tiket pembelian tiket VVIP, peminat berpeluang mendapatkan baju-t eksklusif, gambar serta autograf, poster dan juga album 'The Other Side Of Down edisi jelajah Asian serta jemputan istimewa untuk majlis 'sound check bersama David!
Jom saksikan foto - foto eksklusif sewaktu sidang media "DAVID ARCHULETA The Other Side Of Down Tour Live In Malaysia '11" semalam:
Kalau kedatangan yang lalu dia dihadiahkan sepasang baju Melayu. Kali ini David dihadiahkan layang-layang tradisional "wau bulan", simbolik agar dia juga akan 'terbang' tinggi & lebih berjaya dimasa akan datang. Serta anugerah 6x platinum atas kejayaan penjualan albumnya (versi fizikal & digital).
Maklumat lanjut wwww.ticketcharge.com.my @ www.AirAsiaRedTix.com. Jadi apa tunggu lagi? Jangan lupa, malam ini jom ramai-ramai kita ke Stadium Negara!

