Amy Winehouse Dikebumikan Hari Ini!

Posted by TUPAI

Setelah ditemui tidak bernyawa di rumahnya di North London, akhirnya jenazah penyanyi Amy Winehouse dijadualkan akan dikebumikan pada hari ini. Menurut laman web kapanlagi.com, penyanyi yang berusia 27 tahun itu akan dikebumikan dalam sebuah upacara tertutup yang hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Misteri kematian penyanyi Amy Winehouse belum diketahui meskipun bedah siasat telah dilakukan namun misteri kematian pelantun lagu "Rehab" itu masih belum menemui sebarang jawapan.

"Kami masih menunggu hasil bedah siasat dengan lebih lanjut lagi yang akan memakan masa selama empat minggu," ujar jurucakap polis Metropolitan.

Menjelang hari pengebumian Amy, kedua orang tuanya, Mitch dan Janis, dilihat menyapa dan mengenang Amy bersama para peminat penyanyi tersebut yang sudah berkumpul di depan rumah Amy di Camden Square pada Isnin pagi.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk bercakap kerana masih lagi bersedih dengan pemergiaan Amy tapi saya hanya mampu ucapakan terima kasih kepada semua kerana sudi datang," ujar bapa Amy Winehouse kepada para peminat penyanyi tersebut.

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook