Peluang menaiki supercar dan barangan eksklusif!

Posted by TUPAI


Adakah anda seorang peminat supercar seperti yang dapat dilihat dalam francais filem "Fast And Furious"? Jika ya, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar dan menyaksikan kereta-kereta hebat tersebut di acara filem tahunan terbesar Movie Carnival 2011 (MC11) yang berlangsung di pusat membeli-belah IPC (sebelum ini dikenali sebagai Ikano Power Centre) bermula 1-19 Jun 2011, 10 pagi - 10 malam.

Tupai juga ingin memilih lima orang pembaca bertuah yang berpeluang menaiki supercar selama 15 minit pada hari Sabtu (4 Jun) ini! Bagaimana caranya? Mudah saja! Anda hanya perlu menjawab dua soalan dan slogan di bawah dengan kreatif. Jangan lupa sertakan butiran peribadi yang lengkap (nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon)!

HADIAH ISTIMEWA x 5
Goodie beg
Pas filem "X-Men: First Class" x 2
Peluang menaiki supercar

Ingin merasai pengalaman menaiki kereta "Supercar"? Sertai peraduan ini dengan hanya menjawab 2 soalan mudah dibawah dan berikan slogan yang paling kreatif berkaitan dengan Movie Carnival 2011. Pemenang akan di pilih berdasarkan dengan jawapan yang tepat, slogan yang paling kreatif berserta dengan penyertaan yang lengkap.

SOALAN
1. Di manakah Movie Carnival 2011 akan diadakan?
a) KLCC
b) Mid Valley Megamall
c) IPC

2. Berapa harikah Movie Carnival 2011 akan berlangsung?
a) 7 hari
b) 14 hari
c) 19 hari

SLOGAN
Pilih saya sebagai pemenang peraduan supercar kerana.... (Tidak melebihi 20 patah perkataan)

PENYERTAAN
Pembaca TUPAI hanya perlu menghantar e-mel dengan menaip SUPERCAR sebagai subjek. Lengkapkan dengan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon beserta jawapan bagi kedua-dua soalan dan slogan di atas dan hantarkan e-mel tersebut ke peraduan@tupai.com.my

NOTA
• Peraduan akan berakhir pada 2 Jun 2011, jam 11.59 malam.
• Pemenang terpilih akan dihubungi oleh pihak Tupai pada 3 Jun 2011.

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook