Vokal Mantap Salma Dinobatkan Juara Mentor 5

Posted by TUPAI


Seperti yang dijangka dari awal lagi protege kepada Erra Fazira iaitu Salma menjadi juara mentor musim kelima. Salma atau nama sebenarnya Salmah A.Asis, 21,telah menewaskan saingan terdekatnya Shiha dan Iqa yang masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga dengan markah keseluruhan 85 markah, diikuti Shiha, 63 markah dan Iqa, 56 markah.

Dengan kemenangan itu, Salma berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze manakala mentornya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000. Manakala Shiha membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 serta mentornya, penyanyi Datuk Sharifah Aini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000. Tempat ketiga, Iqa dan mentornya, komposer dan penyanyi Edry Abdul Halim juga membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang.

Salma yang membuktikan dirinya layak untuk bergelar juara membuat persembahan yang mantap dari segi vokal dengan mendendangkan lagu "Listen" nyanyian asal Beyonce Knowles. Terus menggegarkan pentas, gadis yang berasal dari Sabah ini, mendendangkan lagu "Cinta" nyanyian asal(Kris Dayanti & Melly Goeslow) dan "Rindu"(Hetty Koes Endang) berduet bersama penyanyi Jaclyn Victor. Salma juga turut mendendangkan sebuah lagu baru ciptaan Taja berjudul, “Aku Permata”.

Konsert Akhir Mentor musim kelima yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam malam tadi turut menyaksikan kumpulan Hujan membuat persembahan pembukaan bersama protege yang telah tersingkir. Peserta akhir diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Haji Ramli M.S, Ziana Zain dan Azmeer sebanyak 50 peratus, 30 peratus dari khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus dari juri awam. 

, , , , , , , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook