Bintang Keseluruhan: 3
Efek: 3
Lakonan: 3
Sinematografi: 3
Tonton filem ini sekiranya anda suka: "Seru"
Selepas mengecapi kejayaan besar melalui filem epik "Hikayat Merong Mahawangsa", KRU Studios sekali lagi mengegarkan pawagam dengan menerbitkan filem seram pertama keluaran KRU Studios iaitu filem yang diberi judul "Karak". Filem yang ke 9 terbitan KRU Studios ini mendapat sentuhan emas daripada pengarah Yusry Abdul Halim.
Pasti ramai sudah biasa mendengar dan mengetahui tentang kejadian-kejadian paranormal yang berlaku di lebuhraya "Karak" melalui pelbagai versi cerita. Filem yang berkonsepkan "hardcore horror" ini berlandaskan kisah misteri seram dan urban legend.
Filem "Karak" mempunyai jalan cerita yang senang untuk difaham oleh semua orang dan ia tidak membuatkan para penonton perlu berfikir banyak. Special Effects, make -up serta teknik CGI yang digunakan dalam "Karak" memang boleh dipuji kerana ia berkesan. Elemen seram yang ditonjolkan oleh pengarah juga berkesan dan mengejutkan.
Dari segi lakonan pula, "Karak" menampilkan barisan para pelakon yang rata-ratanya terdiri daripada pelakon baru. Bagi penampilan pertama mereka di layar perak boleh dikatakan bagus tetapi ada sedikit kekurangan yang perlu diperbaiki oleh mereka. Contohnya seperti babak Zura lakonan Shera Ayob yang dirasuk oleh hantu ia kurang berkesan dan reaksi muka kurang menonjol dan tidak dapat rasa perasaan dirasuk. Lagi satu babak antara Zura dan Nik lakonan Shahir Af8 ketika Zura memeluk Nik kelihatan seolah-olah Nik teragak-agak untuk memeluk Zura sedangkan Zura sudah memeluk Nik dengan rasa sepenuh hati.
Apa-apapun percubaan pertama KRU Studios dan Yusry Abdul halim untuk menghasilkan filem bergenre seram boleh dikatakan berjaya sehingga dapat menyeramkan para penonton.
"Karak" yang diterajui oleh Shahir Af8(Nik), Shera Ayob (Zura), Along Ezeyndy (Jack), KilaFairy (Ida) dan Sidek Hussin (Tok Malam). "Karak" mengisahkan empat pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan yang luar biasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.