Baru-baru ini telah diadakan tayangan media bagi filem “KL Gangster” yang berlangsung di Cathay Cineleisure,e@curve. Rata-rata yang hadir berpuas hati dan memuji hasil karya filem kelima pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof.
“Saya sentiasa menonton filem aksi dari dalam dan luar negara untuk mempelbagaikan elemen aksi, drama dan komedi dalam filem serta membuat kajian dan meminta pandangan daripada rakan-rakan dan pihak polis.
“Saya cuba untuk mengikut selera penonton dan membuatkan mereka berpuas hati dengan elemen aksi yang dipaparkan dalam filem saya terutamanya filem “KL Gangster”. Saya sengaja menyelitkan drama dan komedi dalam filem ini supaya ia lebih menarik”, ujarnya yang juga bertindak sebagai pelakon utama, pengarah dan penulis skrip bersama sepupunya, Mohd Rizal Ashraff.
Syamsul yang baru sahaja menyambung ulang tahunnya yang ke 27 pada sabtu lalu, memberitahu bahawa sengaja membuatkan dirinya sentiasa tertekan bagi menjiwai watak Shark.
“Saya sengaja membuatkan diri menjadi tertekan sepanjang memegang watak Shark kerana watak Shark memerlukan seseorang itu menjadi agresif dan panas baran. Untuk memegang watak tersebut saya terpaksa melakukan uji bakat kepada diri sendiri. Ia mengambil masa berminggu-minggu untuk saya menjiwai watak tersebut dengan berkesan”, katanya.
Belum ditayangkan lagi di pawagam, pengarah filem “Khurafat” ini sudah memberitahu bahawa akan ada sekuel filem “KL Gangster”.
“KL Gangster” diterajui oleh Syamsul Yusof, Adi Putra, Aaron Aziz, Zizan Raja Lawak, Shoffi Jikan, Adam Corrie dan Sheera Iskandar. Filem ini bakal beraksi di pawagam pada 9 Jun 2011 dan bakal ditayangkan di 90 buah pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
 |
| Barisan para pelakon "KL Gangster" |
 |
| Dato Yusof Haslam bersama dua anaknya Syamsul Yusof & Syafiq |
 |
| Adam Corrie |
 |
| Lisa Surihani |
 |
| Azad Jasmin |
 |
| Dato Yusof Haslam |
 |
| Julia Ziegler |
 |
| Adi Putra |
 |
| Sheera Iskandar |