Popular Post

Posted by : TUPAI 18 Mei 2011


Riuh rendah pejabat cinema Online dan Tupai ketika menerima kehadiran dua orang pelakon popular iaitu Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Kehadiran mereka bertujuan mempromosikan filem terbaru mereka iaitu filem "Kongsi". Filem arahan Farid Kamil ini telah pun berada di pawagam pada 12 Mei 2011 dan sekarang tengah rancak di tayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sepanjang proses temu bual bersama dua pelakon terkenal ini di selang seli dengan gelak ketawa dan gurauan diantara Sam dan Yana. Ini membuktikan bahawa keserasian mereka dan keakraban mereka terserlah memandangkan pada tahun ini sahaja mereka telah bergandingan dalam banyak filem yang di jangka akan mendapat sambutan hangat oleh para peminat setia mereka.

Jom ikuti temubual bersama mereka untuk mengetahui tentang cabaran yang dilalui ketika penggambaran filem "Kongsi" dan perkembangan terbaru mereka.

Pertama sekali terima kasih kerana sudi datang. Boleh ceritakan tentang watak anda berdua dalam filem "Kongsi"?
Sam: Saya memegang watak sebagai Tumulak seorang pembunuh upahan yang berasal dari Thailand datang ke Malaysia untuk memporak perandakan kongsi gelap pelbagai bangsa yang ada di Malaysia untuk mengambil alih perniagaan haram di Malaysia.
Yana: Saya pula memegang watak sebagai Inspektor Olla, rakan setugas ASP Sharif(Fizo Omar). Kami ditugaskan untuk menjejak seorang pembunuh upahan yang sedang membuat hal di Kuala Lumpur. 

Apa cabaran terbesar dalam melakonkan watak dalam "Kongsi"?
Sam: Sangat mencabar. Bagi Sam, setiap skrip baru yang Sam dapat mempunyai cabaranya sendiri dan berat. Dalam filem ini cabaran beratnya ialah saya perlu bertutur dalam loghat Kelantan dan Thailand. Tapi nasib baik saya mempunyai rakan-rakan seperti Fizo Omar dan Bront yang sudi mengajar saya. Selain itu, sebanyak 80 peratus hingga 90 peratus aksi lasak saya buat sendiri. Bukan dipaksa buat sendiri. Sebenarnya pihak produksi ada menyediakan "stunts double" tapi sebagai seorang pelakon, saya ingin melakukannya untuk mendapatkan kepuasan watak tersebut.
Yana: sebenarnya diri saya di luar set, saya seorang yang ceria, suka usik orang tapi untuk watak Inspektor Olla, saya perlu serius itu merupakan satu cabaran bagi saya. Selain itu, sama macam Sam juga. Ada aksi lasak yang saya buat sendiri.

Sepanjang melakukan aksi lasak tersebut anda berdua ada mengalami sebarang kecederaan?
Sam: Ada. Saya mengalami kecederaan tangan. Tisu dalam tangan saya koyak ketika saya melakukan salah satu babak bergaduh. Sekarang ini, saya mempunyai masalah tidak boleh bergayut menggunakan tenaga untuk menarik sesuatu benda. Kesakitan itu akan hilang tapi bila saya buat seseuatu yang berat sakit tu akan datang balik.
Yana: Saya pula mengalami kecederaan lutut ketika saya meklakukan satu babak di mana saya perlu melompat dari bumbung kat Petaling Street, mungkin saya salah mendarat itu yang membuatkan saya mengalami kecederaan. 

Babak yang paling susah untuk dilakukan?
Sam: Semestinya babak berlawan kerana perlu membuat aksi-aksi yang bahaya dan menarik. Jadi perlu jaga keselamatan diri dan pada masa yang sama mahu aksi lawan yang di pamerkan nampak semula jadi.
Yana: Bagi saya pula, Babak ketika saya melompat dari bumbung kat Petaling Street. Sebelum ini saya pernah digantung tapi tidak pernah setinggi lima tingkat dan perlu bergayut dan pada masa yang sama perlu nampak semula jadi itu yang susah. Bukan takut cuma dalam otak saya banyak berfikir seperti macam mana kalau tersalah mendarat dan sebagainya itu yang membuatkan saya gayat dan takut.
Adakah ketika malam gala bersama perminat yang diadakan pada minggu lepas merupakan kali pertama anda berdua melihat filem ini dan adakah anda berdua berpuas hati dengan hasil kerja anda selepas melihatnya?
Sam: Ya. Itu kali pertama saya melihat filem "Kongsi". Dari segi kepuasan pula, Saya tidak pernah berpuas hati dengan setiap kerja yang saya buat. Saya percaya saya boleh buat yang lebih baik dan akan buat lebih baik pada masa akan datang.

Selepas anda berdua melihat filem itu, ada atau tidak babak yang anda rasa tidak berpuas hati atau kecewa?
Sam: Saya agak kecewa sedikit dengan perjalanan Tumulak. Saya percaya saya boleh buat yang lebih baik lagi untuk watak Tumulak.
Yana: Kalau boleh diulang balik, saya rasa saya ingin buat balik babak terjun dari bumbung. Saya nak rasa balik perasaan ketika melakukan babak tersebut kerana saya sudah tahu bagaimana untuk mengatasi masalah sebelum ini. Tetapi sayang ia tidak boleh diulang kembali.

Soalan untuk Sam. Orang menyatakan bahawa awak merupakan kekuatan dalam filem ini. Apa komen awak?
Sam: Alhamdullillah. Sebenarnya saya tidak pernah merasa bahawa diri saya seorang yang boleh menguatkan sesuatu kerja atau cerita. Tanpa krew-krew semua ia tidak akan sampai ke tahap itu. 

Perkembangan terbaru anda berdua sekarang?
Yana: Saya ada filem yang belum keluar lagi iaitu "8jam", "Aku Ada Kau Ada", "Bini-biniku Gangster" dan yang terbaru masih dalam proses penggambaran iaitu "Adnan Sempit 2". Kesemua filem tersebut saya berlakon bersama Sam.
Sam: Sama macam Yana juga, ada banyak lagi filem saya yang belum keluar antaranya "8jam", "Aku Ada Kau Ada", "Bini-biniku Gangster" dan yang terbaru masih dalam proses penggambaran iaitu "Adnan Sempit 2". Selain itu, filem "Sekali Lagi" dan "Songlap". Saya juga merancang untuk membuat filem bersama kakak saya. Tapi itu cuma baru proses perancangan sahaja.

Memandangkan anda berdua banyak bekerjasama dalam filem untuk tahun ini, semestinya sudah wujud keserasian dan faham antara satu sama lain. Apa komen Sam tentang Yana dan komen Yana tentang Sam?
Sam: Yana seorang yang sempoi. Saya senang dan selesa berkawan dengan dia. Dari mata seorang penonton, Sam nampak dari dulu sampai sekarang dia banyak perningkatan. Peningkatan yang ke arah positif. 
Yana: Saya kenal Sam dah lama ketika penggambaran sebuah drama. Sama sahaja. Sikap dia tidak berubah walaupun sudah menang Bintang Paling Popular di anugerah ABP2010 masih sama tidak ada perubahan. Dia seorang yang jujur tidak hipokrit. Tidak suka cakap pasal orang lain, itu yang bagusnya tentang Shaheizy Sam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda berdua dan semoga filem "Kongsi" akan berjaya dan kerjaya anda berdua akan terus berkembang.
Sam dan Yana: Sama-sama.

Shaheizy Sam memegang watak Tumulak
Sam & Yana 
Yana Samsudin memegang watak Inspektor Olla 

Advertisement
Advertisement

- Copyright © Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail! -