Mariah Carey sambut kembar pada hari ulang tahun

Posted by TUPAI

Penyanyi terkenal, Mariah Carey, dan suami, Nick Cannon menyambut kelahiran bayi kembar dua pada 30 April lalu yang turut merupakan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. Bayi perempuan dan lelaki itu dilahirkan sekitar jam 9.00 pagi waktu Los Angeles.

Dipetik daripada laman web MTV, jurucakap kepada pasangan ini, Cindi Berger memberitahu dalam satu kenyataan, "Mariah tidak pernah merancang untuk melahirkan bayi kembarnya itu pada hari ulang tahun perkahwinan mereka. Bayi perempuan dilahirkan terlebih dahulu, diikuti dengan lelaki."

Cannon yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi telah mengumumkan berita gembira tersebut melalui akaun Twitter miliknya berkata, "Isteri saya telah memberi hadiah ulang tahun perkahwinan paling bermakna dalam hidup saya! Sudah pasti saya tidak mampu mengatasinya!"

Pasangan ini mendengar lagu "We Belong Together" nyanyian Carey selepas bayi kembar mereka dilahirkan dan bagaikan tradisi setiap tahun, pasangan ini telah memperbaharui ikrar mereka pada Ahad lalu.

Carey, 41, dan Cannon, 30, telah berkahwin pada 30 April 2008.

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook