Datuk Yusof Haslam pasti berbangga kerana memiliki dua orang anak yang berbakat dan mengikut jejak langkahnya sebagai seorang pengarah yang Berjaya dan berkaliber dalam dunia perfileman.
Terbaru, adik kepada Syamsul Yusof, Syafiq akan mengikut jejak langkah abangnya sebagai seorang pengarah filem. Syafiq, 18 akan mengarah filem terbaru terbitan Skop Production iaitu “Saya Amat Mencintaimu” (SAM).
Syafiq merupakan pelajar Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) dan pernah menghasilkan filem pendek dan mendalami teknik imej janaan berkomputer (CGI). Sebelum ini, syafiq juga pernah diberi peluang untuk mengarah drama Gerak Khas yang disiarkan RTM.
“Saya sukakan elemen cinta dalam sebuah cerita tetapi syamsul selalu menolak genre percintaan dan romantik. Dia lebih sukakan genre aksi,” ujar Datuk Yusof Haslam.
“Jadi saya beri peluang kepada adik Syamsul, Syafiq untuk mengarah filem pertama bertemakan romantik komedi,” katanya ketika di majlis tayangan media filem “KL Gangster”.
Syafiq yang ditemui berkata dirinya di cabar oleh ayahnya untuk mengarah filem ini.
“Saya dicabar oleh ayah dan saya sahut cabaran yang diberikan oleh ayah saya”, ujarnya.
Syafiq yang lebih cenderung kearah pengarahan tidak akan mengikut jejak langkah abangnya untuk menjadi seorang pelakon.
Filem yang bergenre romantic komedi ini akan diterajui oleh Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Syamsul , Azad Jasmin dan Neelofa. Filem tersebut akan memulakan penggambaran pada bulan Julai 2011.
![]() |
| Syafiq bersama abang (Syamsul) dan ayahnya (Datuk Yusof Haslam) |


