BINTANG
Keseluruhan: 4
Pelakon: 3.5
Plot: 3
Efek Khas: 2.5
Sinematografi: 3
Tonton filem ini jika anda suka: “Quarantine”, “Paranormal Activity” dan “The Blair Witch Project".
Menjadikan filem "Quarantine" sebagai rujukan, Pierre Andre ("Jangan Tegur") dan Ming Jin ("Salon") selaku pengarah berani untuk menghasilkan sesuatu yang berlainan dari filem yang ada di Malaysia sekarang. "Seru" mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk "Jangan Bernafas". Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba pelbagai kejadian aneh berlaku di luar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa. Namun seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan pembunuhan. Ini menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.
Pada pandangan penulis, "Seru" boleh disamakan dengan filem "The Blair Witch Project" tetapi versi Malaysia. Persamaan yang jelas nampak diantara kedua-dua filem ini adalah penggunaan 'found footage'. "Found footage" bermaksud rakaman yang telah dijumpai, dan bukan dirakam khas utk persembahan. Dari segi jalan cerita yang hanya fokus pada sekumpulan krew yang terjebak di sebuah hutan sehingga terjadinya kejadian aneh yang tidak diduga oleh mereka sehinggakan mereka tidak dapat untuk menyelamatkan diri dari segala misteri. Sama seperti filem "Quarantine" yang lebih berunsurkan panik dan trauma tetapi "Seru" lebih kearah suspense thriller dari seram.
"Seru" menampilkan plot cerita yang biasa dan senang difaham oleh semua orang. Dari segi idea dan cara penyampaian dilihat sangat bagus bagi dua pengarah muda yang pertama kali bergabung tenaga untuk menghasilkan cerita yang baru dalam industri filem Negara. Usaha berani mereka harus dipuji kerana membuat filem yang bergenre tersebut dan ini membuktikan bahawa filem "Slasher Horror" boleh menjadi filem yang bagus jika dikaji dan digarap dengan baik. Menggunakan khidmat pengarah sinematografi Wan Chung Hung yang mempunyai pengalaman 8 tahun dalam industri perfileman ini harus dipuji kerana menampilkan sinematografi yang cantik.
Walaupun menampilkan muka-muka baru dalam industri perfileman, tetapi lakonan yang ditampilkan oleh mereka bagus dan menjiwai watak dengan baik. Terutamanya Shaarnaz Ahmad secara khususnya, yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin utama dalam filem ini dilihat berjaya memberikan impak lakonan yang berkesan kepada penonton.
Bagi penggemar filem suspense thriller, "Seru" merupakan sebuah filem yang harus ditonton dan tidak boleh dilepas pandang. Ini kerana ia mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan rasa menjijikkan dan mual kepada penonton. Bagi penonton yang tidak mempunyai semangat yang kuat dinasihatkan harus bersiap sedia untuk menarik nafas panjang ketika menonton beberapa adegan yang cenderung membuatkan seseorang itu terkejut.

Filem yang berklasifikasi PG 13 ini, menampilkan Shaarnaz Ahmad sebagai pelakon utama turut dibantu oleh Cut Mutia, Nisha Dirr, Along Ezzendi, Qhaud AF7 dan ramai lagi. Manakala Awal Ashaari, Nora Danish dan Pierre Andre turut membuat penampilan khas dalam filem ini.
Saksikan "Seru" di pawagam pada 28 April 2011!