Tanggal 29 April 2011 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia. Dimana penyatuan dua hati diantara Putera William dan Kate Middleton. Perkahwinan diraja ini bakal mengingatkan kita semua kepada perkahwinan diraja mediang ibunda Putera William iaitu Puteri Diana dan Putera Charles.
Puteri Diana dan Putera Charles berkahwin pada 29 Julai 1981 di gereja St. Paul, London. Perkahwinan diraja tersebut berlangsung dengan meriah. Ribuan penduduk England dan pelancong berhimpun di sepanjang jalan dan di luar gereja untuk menyaksikan dan meraikan pasangan diraja. Perkawinan Puteri Diana dan Putera Charles mendapat liputan meluas di Televisyen seluruh dunia.
Jom kita imbas balik Perkahwinan diraja Puteri Diana dan Putera Charles..
 |
| Puteri Diana bersama Ayahnya dalam kereta kuda yang membawa Diana ke gereja St.Paul, London |
|
 |
| Puteri Diana ketika berjalan masuk dalam gereja dan diiringi oleh bapanya dan disaksikan oleh para tetamu |
|
 |
| Selepas disahkan menjadi suami isteri, Putera Charles & Puteri Diana keluar selepas habis upacara perkahwinan |
|
 |
Putera Charles & Puteri Diana bergambar bersama Adik & sepupu Putera Charles. Terdiri dari Nicholas Windsor, Lady Sarah Chatto, India Hicks, Sarah Jane Gaselee, Prince Edward, Catherine Cameron, Putera Andrew dan Edward van Cutsem.
|
 |
| Seramai 250.000 peminat menyaksikan ciuman pertama pasangan diraja dikhalayak ramai di balkoni istana selepas bergelar suami isteri. |
 |
| Pakaian pengantin Puteri Diana direka oleh Emanuel. Dibuat dari kain sutera "taffeta" sebanyak 40 meter dan lima salinan tambahan dibuat sebagai "backup". Gaun tersebut dihiasi dengan berlian kecil |
|
 |
| Hampir 55 juta orang Amerika naik sebelum 06:00 untuk melihat perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana pada 29 Julai 1981 | |
 |
| Putera Charles dan Puteri Diana memilih St Paul's Cathedral sebagai tempat untuk melangsungkan perkahwinan. Selalunya Westminster Abbey menjadi pilihan untuk kerabat diraja melangsungkan perkahwinan. |
 |
| Lebih dari 750 juta penonton menyaksikan pasangan pengantin diraja walaupun dalam keadan panas terik. |
|