Di Sebalik Tabir SERU

Posted by TUPAI





"Serukan Namaku, Bangkitkan Jasadku"..Bunyi sahaja pun dah seram sejuk..Itulah tagline untuk filem arahan pertama Pierre Andre dan Woo Ming Jin. Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) dan Hanamia Service Sdn. Bhd. akan menyerang pawagam Malaysia pada  28 April 2011.

Filem yang berklasifikasi PG 13 ini, menampilkan Shaarnaz Ahmad sebagai pelakon utama turut dibantu oleh Cut Mutia, Nisha Dirr, Along Ezzendi, Qhaud AF7 dan ramai lagi. Manakala Awal Ashaari, Nora Danish dan Pierre Andre turut membuat penampilan khas dalam filem tersebut. 

"Seru" mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk "Jangan Bernafas". Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba pelbagai kejadian aneh berlaku di luar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa. Namun seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan pembunuhan. Ini menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Apakah yang bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu? Nantikan kemunculannya di pawagam pada hari Khamis ini.

Sebelum itu, jom layan dulu gambar di sebalik tabir "Seru"...

Pengarah sinematografi Wan Chung Hung 
Pengarah Woo Ming Jin memberi arahan kepada pengarah sinematografi Wan Chung Hung  
Proses untuk membuat solekan effect pada muka salah seorang para pelakon 

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook